NAJIB
PEMIMPIN ISLAM
YANG JUJUR
AMIN
MAKIN BIJAK
MAKIN BISTARI
AMIN
TAPI AKAN
MASUK PENJARA
KHALAS
Pandemik lagi teruk waktu darurat, kata Najib
PANDEMIK Covid-19 diurus dengan lebih baik tahun lepas tanpa perintah darurat berbanding tahun ini, kata Naib Razak.
Bekas perdana menteri itu dalam hantaran di Facebook berkata, wabak itu terkawal setelah lebih kurang satu setengah bulan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.
Parlimen juga tidak digantung, dan tidak ada perintah darurat.
“PKP 1.0 dibuat dengan betul dan ketat. Berjaya bendung Covid-19 ke sifar penularan tempatan.
“Rakyat kembali ke kehidupan biasa bawah norma baharu dan dibenarkan rentas negeri untuk melancong.
“(Dalam perintah darurat) keadaan Covid-19 menjadi lebih teruk selepas tiga setengah bulan dari segala aspek,” tulis Najib.
“(Darurat) diisytihar dengan alasan nak bendung Covid-19 supaya kes turun ke dua angka dan rakyat dibenarkan balik kampung untuk raya.
“Akhirnya, rakyat tak dibenarkan balik kampung untuk raya sebab Covid-19 semakin mengganas. Nampak perbezaan?”
Dalam seminggu ini, kes Covid-19 harian telah melebihi 2,000, selepas tiga setengah bulan darurat dilaksanakan di seluruh negara.
Najib juga berkata kerajaan mengambil langkah separuh masak seperti membenarkan kilang dan tapak pembinaan terus beroperasi walaupun sektor ini menyumbang jumlah kluster paling banyak.
Darurat telah menjejaskan ekonomi dan keyakinan pelabur asing, tambahnya, sehingga kerajaan perlu menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) kerana sudah tidak ada banyak wang lagi. – 24 April, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan