Rabu, 28 April 2021

VIETNAM BANGUN MELAWAN

 



VIETNAM

BANGUN MELAWAN

ation
Unknown commented on 
"CHINA MERAH MULA 
BUAT HURU HARA DI PILIPINA"

https://youtu.be/9nxbvDqUtYw Saya pernah kerja di Vietnam. Terbayang juga, apabila melalui laluan kebangsaan Satu, yang menjadi tulang belakang jalan perhubungan Vietnam, dari Hanoi di utara, sampai ke Bandaraya Ho Chi Minh, di selatan. Boleh nampak berbagai tempat, kampung, pekan dan bandar provinsi. Di tempat yang saya kerja, satu pekan seperti Gemencheh, yang mana kerajaan Vietnam cuba membangunkan, sebab ia adalah antara wilayah yang miskin. 


Salah satu permehatian di sana ialah, ternampak seorang yang sudah berumur, mungkin lewat 60an, awal 70an, duduk diluar kedai, tongkat di sebelahnya, satu kaki saja yang tinggal, sementara yang lagi satu, hanya tinggal setakat paras diatas sikit lututnya...pernahkan dia berlawan amersol dulu? Orang Vietnam, macam orang lain juga...nak nikmati hidup, minum vodka, makan berjemaah, gembira...tadi, kenapa dia orang berperang dengan amersol? Kenapa dia orang menang? 

Tapi kita kena ingat harga kemenangan dia orang amat tinggi, bila di perhatikan tinggalan perang dia orang...jangan lupa tinggalan kesan ajen jingga masih lagi, terutama di kawasan pertengahan Vietnam, di kawasan hutan. Dah dijangka dah yang Vietnam akan lawan balik dengan bot nelayan dia orang juga. Juga, kan dah kata, pkc kena melalui Vietnam utk sampai ke pulau jadian dia...

Tiada ulasan: