Ahad, 2 Mei 2021

ASWAS - BAHAYA SAMPAI

 


AWAS

 BAHAYA SAMPAI

KHALAS 




Covid-19: Situasi kritikal di negeri Lembah Klang – Dr. Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya trend peningkatan kes Covid-19 berterusan, kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal.

Selain itu, ia akan memberi impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.

“Justeru, masyarakat diseru untuk sama-sama membantu KKM dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mematuhi nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan oleh KKM bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

“Tahap pematuhan 100 peratus oleh semua pihak adalah amat diperlukan bagi membantu negara pulih semula daripada kemelut ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, bermula minggu ke-12 hingga minggu ke-17 pada tahun ini, kes Covid-19 merekodkan tren meningkat dengan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak 79,881 kes.

Daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan jumlah kes yang tertinggi iaitu sebanyak 22,099 kes (27.7 peratus) diikuti Kuala Lumpur (7,019 kes) dan Putrajaya sebanyak (264 kes)

Ujarnya, nilai Rnought (Rt) terkini menunjukkan peningkatan iaitu 1.14 manakala nilai Rt Selangor adalah 1.20, Kuala Lumpur adalah 1.16 dan Putrajaya adalah 1.0 yang mana ketiga-tiga negeri mencatatkan nilai Rt melebihi 1.0.

 SEMUA BERSATU

LAWAAN KOBID

AMIN

KITA 

SELAMATKAN

KITA

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Entahlah Hisham...tengah tengok nombor kes turun, lepas tu dia laporkan nombor kes naik mendadak, seolah-olah rakyat sangat alpa, sangat lalai, sangat tidak peduli sop...lapur lah yang engkau nak lapor, buat lah rakyat seolah olah lipas bertempiaran...seolah olah kuasa nak sebab kan kesusahan di tangan kamu atas telunjuk yang duduk di tampuk kuasa tapi goyah.

Andai kata aku kena, macam mana? Bukan nya engkau apa apa pun dekat hospital. Ubat rawatan pun takde,baik aku cari sendiri ubat tu, dah tahu dah ubat apa yang nak digunakan. Kalau engkau tak tahu, maksudnya engkau tak perlu bising-bising pasal kes melonjak, sebab engkau hanya tahu tutup cara orang nak hidup.

Malas dah nak layan alasan engkau. Sebab jual vaksin tak laku, naik kan bising canang tu. Kuatkan lagi lagu bahaya cona tu...