Jumaat, 21 Mei 2021

BERKHALWAT HARI KE 430



KHALWAT KE 430

JUMAAT  21/5/2021

KITA MASUK KE HARI 430
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 130

PKP 3.0
PKP 4.0 BILA?

JIKA PKP
UNTUK SELURUH NEGARA
MACAM AWAL DULU
INI LANGKAH BIJAK
YANG BOLEH MEMBERI KESAN

MASALAH BESAR
IALAH PARA POLITIKUS
AMIN

PAGI INI HOKKIEN
TAK CERAH 
MALAP
MATAHARI TAK ADA
KUALA LUMPUR BERJEREBU
TAK IDAH TAK CERIA

NASIB BAIK
GUA DISAMBUT OLEH MURAI
DAN TERKUKUR

DI POKOK MENGKUDU
TAK NAMPAK BURUH BEKERJA
MUNGKIN
KERANA CUACA TIDAK MENARIK

HA HA
TAK TAK DAN EZI
BERJUMPA KEMBALI
DENGAN ANJING ANJING
PEKERJA KUBUR
KALI INI DAH JADI KAWAN
AMIN

BRO
SENYUMLAH
SENYUM TAK KENA
BAYAR CUKAI

BRO
PILIH SOSOK
YANG PILIH LU

BRO
JANGAN BERCAKAP
APA YANG NAK DIBUAT
BUAT DULU
KEMUDIAN CAKAP

KEBAHAGIAN DAN KEGUMBIRAN
BERMULA DARI KITA
BUKAN DARI KERJA
BUKAN DARI BALAK
BUKAN DARI MINAH
BUKAN DARI DUIT

BRO
TANAMKAN KAMBUS
YANG LALU
BUKA BABAK BARU
JADIKAN IANYA
SEBAGAI ILMU

BRO
JIKA LU TAK HIDUP
MEMBUAT APA YANG LU SUKA
LU BUANG MASA
DAN BUANG HIDUP

BRO
SATU KUNCI HIDUP:
JANGAN BERHARAP 
PADA ORANG LAIN
BUAT SENDIRI

BERTENGKAR
DENGAN SATU MAT BEBAL
MENJADI KEWUJUDAN
DUA MAT BEBAL

BRO
CINTA KOSONG
TANPA AKSI
SETIA KOSONG
TANPA SAKSI
MAAF KOSONG
TANPA UBAH DIRI

BRO
FAHAM
LEBIH KUAT DARI TAHU
RAMAI YANG TAHU SAPA LU
TAPI 
TAK FAHAM APA LU

BRO
KUNCI HIDUP
JANGAN BERHUJAH
DENGAN KAKI PUTAR
DIA PERCAYA 
APA YANG DIA PUTAR

BRO
TEKUN
LU AKAN BERJAYA
BUKAN SERTA MERTA
TAPI AKAN SAMPAI

BRO
JANGAN SALAHKAN
ORANG LAIN
SALAHKAN DIRI SENDIRI
KERANA MENYIMPAN
HARAPAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT



Tiada ulasan: