KU LI
UDAH TERCICIR
KAH KAH KAH
MASA TANDA
TANGAN
DEKLARASI RAKYAT
KU LI SAKIT PERUT
KAH KAH KAH
KETIKA BERSIH
AJAK BERSAMA
KU LI TAKUT
KAH KAH KAH
SEKARAN DAH
TELAMBAT
AMIN
Presiden Umno tidak semestinya calon PM, kata Tengku Razaleigh
UMNO perlu melupakan amalan menjadikan presiden parti sebagai perdana menteri negara ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Pengerusi jawatankuasa penasihat Umno itu berkata beliau bersetuju dengan Ketua Bahagian Umno Johor Bahru Shahrir Abdul Samad yang amalan itu perlu dihapuskan.
“Saya setuju di banyak negeri maju di Britain dan AS orang yang jadi presiden bukannya ketua parti. Dia jaga dasar dan perjuangan parti. Sampai masa, bila nak jadi calon dia pilih yang betul-betul layak,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata amalan berkurun lama itu yang menjadikan presiden parti sebagai perdana menteri sudah berakhir.
“Kita mahu mereka yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan Malaysia. Individu ini mesti seseorang yang mampu membawa negara ini ke tahap yang lebih tinggi.
“Tiada guna mempunyai perdana menteri yang popular dalam parti tetapi ada rekod buruk dan tidak boleh menjadi contoh buat negara,” kata pemimpin berusi 84 tahun ini.
Minggu lalu, Shahrir dalam satu forum berkata Umno perlu melupuskan amalan yang menetapkan calon perdana menteri daripada presiden parti.
Katanya, parti juga perlu membuang amalan konsep monopoli kuasa.
Beliau berkata amat penting untuk parti kerana pemilihan akan berlangsung dan tidak nampak tanda ada persetujuan tentang calon perdana menteri.
Mengulas perkara sama, Tengku Razaleigh berkata Umno juga perlu menghentikan amalan memilih calon daripada hierarkri parti.
“Kita perlu melatih pemimpin kita untuk menerima perubahan ini dan tidak berpegang kepada amalan lama.
“Negara perlukan ahli Parlimen yang lebih berkualiti,” kata bekas naib presiden Umno itu.
Beliau berkata walaupun menjadi timbalan presiden parti sebelum ini tanpa jawatan dalam kerajaan, beliau tetap membantu kerajaan.
“Saya dulu tak pernah dalam kerajaan. Saya naib presiden Umno. Tapi saya ditugaskan ke China untuk runding dengan perdana menteri ketika itu.
“Saya ditugaskan oleh pemimpin negara untuk selesaikan hubungan kita dengan China. Waktu itu ada ancaman dengan komunis. Saya mula buka pintu untuk kita berunding supaya mengamankan negara kita,” katanya. – 10 Mei, 2021.
1 ulasan:
Ini satu cadangan sekadar sesuai dengan keadaan semasa umno sahaja, nak JAGA hati Zahid dan sekadar bermaksud Najib atau seseorang lain boleh jadi PM.
Kalau seseorang bukan Presiden jadi PM, sebaik sahaja dia jadi PM, dia AKAN berusaha pula jadi Presiden. ITU PERANGAI orang Malaysia.
Lebih logik, kalau seseorang ITU tidak ada ketokohan menjadi PM kenapa perlu lantik dia jadi Presiden.
Yang perlu umno fokus sekarang ialah menang majoriti PRU15 tanpa jual maruah pada BERSATU dan PAS no DAP no Anwar....PRU15 2023 JUGA berkemungkinan no Najib no zahid
Catat Ulasan