SATU LAGI
CONTOH
TERBAIK
PEMIMPIN ISLAM
AMIN
PEMIMPIN ISLAM
DI ZALIMI
DI ZALIMI
AMIN
WALAU PUN
DI ZALIMI KARI
NAJIB TETAP
DATANG BICARA
AMIN
BUKAN NAK
TANGGUH TANGGUH
KHALAS
1MDB: Najib hadir ke mahkamah walaupun masih sakit mata
KUALA LUMPUR – Selepas cuti sakit kerana mata bengkak selepas pembedahan, Najib Razak hari ini hadir semula ke perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.
Ketidakhadiran Najib menyebabkan Hakim Mahkamah Tinggi, Coliling Lawrence Sequerah terpaksa menangguh prosiding selama dua hari, Isnin dan Selasa lalu.
Bekas perdana menteri itu tiba sekitar 9.30 pagi dengan memakai kaca mata hitam dan memakai kot biru gelap bersama-sama beberapa orang pegawainya.
Sebelum ini, peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad telah beberapa kali memaklumkan kepada mahkamah Najib telah menjalankan pembedahan mata Khamis lepas dan telah diberikan cuti sakit selama tujuh hari.
Bagaimanapun pihak pembelaan berharap untuk meneruskan prosiding jika bengkak itu surut secepat mungkin namun Najib masih lagi mempunyai bengkak mata serta penglihatannya juga kabur.
“Sebelum ini doktor yang merawat mata beliau telah menasihatinya untuk berehat supaya bengkak dan tanda-tanda merah itu beransur pulih dalam tempoh terdekat” katanya Selasa lepas.
Collin kemudian membenarkan permohonan tersebut dan membuat ketetapan prosiding bersambung Khamis pagi.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berhadapan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Sepatutnya hari ini seorang lagi peguam bela, Wan Aizuddin Wan Muhammed meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10 Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.
Prosiding dijangka bermula sebentar lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan