TAK PERLU
PAKSA PAKSA
AMIN
PENERANGAN
DAN
PENJELASAN
AMIN
KUNCINYA
RAKYAT YAKIN
PADA KERAJAAN
AMIN
KUNCINYA
MAKLUMAT
TELUS
AMIN
Perlu tegas tangani golongan elak vaksin, kata Dr Mahathir
KERAJAAN perlu bertindak tegas ke atas individu yang mengelak daripada mendapatkan vaksin bagi memastikan lebih ramai rakyat dilindungi dari jangkitan, kata Dr Mahathir Mohamad.
Lebih ramai rakyat perlu divaksin kerana golongan yang belum menerima pelalian berisiko tinggi menyebarkan jangkitan, katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.
“Kita mahu semua orang mendapat vaksin. Akhirnya kita perlu menguatkuasa perkara ini sebab berbahaya jika orang yang tidak mendapat vaksin bergaul dengan orang lain,” katanya.
Bekas perdana menteri mengulas keberkesanan program pelalian kebangsaan serta jumlah penerimaan yang masih rendah, terutama di luar bandar.
“Kita dapati ada orang yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin, tetapi tidak hadir untuk temujanji.
“Vaksin ini mahal. Jadi jika mereka daftar, mereka mesti hadir. Akhirnya kita mesti bertegas dan menguatkuasakannya,” katanya.
Setakat ini, hampir 2 juta daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk sudah menerima vaksin, menurut angka dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
Secara tepatnya, seramai 1,234,630 orang sudahpun menerima dos pertama manakala 761,263 lagi sudahpun menerima dos kedua.
Dr Mahathir bimbang kerana masih ramai yang enggan menerima vaksin, terutama di kawasan luar bandar.
“Ada orang tidak baik yang beritahu mereka, jangan ambil vaksin. Ini semua mengarut,” katanya.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, dos pertama itu amat penting dan beliau menggesa orang ramai melihat kejayaan di banyak negara yang dapat memberi vaksin kepada ramai rakyatnya.
“Angka (kes jangkitan Covid-19) mereka juga sudah turun. Jadi kita mesti tingkatkan proses vaksin.
“Kita faham vaksin ini bukan 100% (berkesan). Tentulah ada sedikit perlindungan, tetapi rakyat perlu terus memakai pelitup muka dan membuat sanitasi,” katanya.
Darurat tidak kawal pandemik
Pada masa sama, beliau mempersoalkan keberkesanan perintah darurat yang berkuatkuasa sejak Januari dalam mengawal pandemik.
“Darurat berkuatkuasa, tetapi sejauh mana berkesan? Ia tidak boleh kawal pendemik. Lagi pula, sewaktu darurat kes meningkat.
“Ini menunjukkan kerajaan tidak berminat mengawal pandemik tetapi untuk terus berkuasa,” katanya.
Pendirian sama dinyatakannya pada 20 April lalu, yang menegaskan proklamasi darurat itu tidak sah kerana tidak dibentangkan di Parlimen.
Dalam tulisannya di blog chedet.cc, beliau berkata perisytiharannya tidak mengikut undang-undang.
“Perisytiharannya perlu dibentangkan di Parlimen. Ini tidak dilakukan. Maka perisytiharan ini tidak sah,” katanya.
Istana Negara pada 12 Januari lalu mengumumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan perintah darurat diisytihar bagi menangani pandemik.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memohon perisytiharan itu berkata, perintah berkenaan bertujuan memberi kuasa lebih besar kepada kerajaan untuk mengawal pandemik.
Pematuhan SOP kurang
Dr Mahathir juga melihat penguatkuasaan masih lemah dalam memastikan rakyat mengamalkan kawalan dan mematuhi prosedur operasi tetap (SOP) bagi mengawal jangkitan.
“Kerajaan tidak memastikan rakyat mematuhi SOP. Contohnya apabila sembahyang (di masjid) kita duduk jauh antara satu sama lain. Itu bagus.
“Tapi waktu sembahyang itu sahaja duduk jauh, kemudian ada yang bersalam. Lepas itu beremba-remba keluar. Tak ada penjarakan. Kita mesti tegas setiap masa,” katanya.
Tambahnya, bazar Ramadan juga sepatutnya tidak dibenarkan beroperasi kerana ramai diperhatikan tidak mematuhi SOP semasa perniagaan tersebut beroperasi.
“Saya lihat baru-baru ini di bazar, orang ambil suhu, tapi masih berjalan bersama. Ada yang membawa kanak-kanak.
“Sebab itulah jika ada ada hubungan rapat, akan berlaku jangkitan. Malah jangkitan boleh berlaku semasa membeli-belah, jika tiada penjarakan,” katanya.
Kerajaan mengumumkan sebanyak 6,075 kes baharu dikesan semalam, jumlah harian tertinggi sejak pandemik mula dikesan dalam negara.
Jumlah kematian juga terus meningkat dengan angka tertinggi 46 orang semalam, dan seramai 559 orang menerima rawatan di unit rawatan rapi. – 20 Mei, 2021.
1 ulasan:
TT, komen Atuk ni pun menunjukkan cara pemikiran dan tindakannya 2x5 macam CCP China Merah la ya...!
Jadi kena berhati-hati dengan Atuk ni yea ?
Catat Ulasan