Khamis, 13 Mei 2021

UMNO KEMBALI RELEVAN

 

SETUJU SOKONG

DENGAN SYARAT

AMIN

APA SYARATNYA?

AMIN

1- JANGAN MAIN JUDI

2- JANGAN BERJUDI

DI CASINO

3 - JANGAN BERJUDI

DI CASINO GENTING

AMIN

ITU SAJE KE?

BERAT NI

AMIN


Umno kembali relevan jika dipimpin pemimpin bersih, kata Hanif Omar

UMNO akan kembali relevan hanya apabila parti itu dibersihkan daripada pemimpin yang merosakkan imej parti, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu Hanif Omar.

Katanya, Umno masih lagi kukuh cuma terpalit dengan imej negatif pemimpin berkenaan, yang beliau istilahkan sebagai “perosak”.

“Umno belum rosak. Strukturnya masih kukuh. Catnya saja yang pudar dek diconteng oleh terlalu ramai perosak bertopengkan pemimpin.

“Gerakan rakyat akan tampil dengan manifesto rakyat, yang menolak empat perosak ini: mereka yang gila kuasa, mereka yang salah guna kuasa, mereka yang rasuah, dan mereka yang jadi tali barut penjenayah ekonomi hitam.


“Bila mereka itu sudah tidak relevan, Umno akan kembali relevan,” katanya, dalam satu kenyataan yang disiarkan di portal Utusan TV.

Kenyataan itu dibuat sebagai ucapan selamat ulang tahun ke-75 Umno yang diperingati pada hari ini.

Dalam kenyataannya, Hanif bagaimanapun tidak menamakan secara langsung pemimpin yang beliau maksudkan sebagai perosak.

Bekas ketua polis negara berkata Umno dan BN hanya layak dipimpin oleh mereka yang memiliki empat sifat yang ada pada Nabi Muhammad iaitu jujur, amanah, menyampaikan dan bijaksana.

“InsyaAllah, Umno akan kembali seperti dulu, sebagai payung negara kepada kita semua, bukan saja kepada bangsa Melayu. Hendaknya begitulah,” kata Hanif.

Hanif juga berharap proses pemutihan Umno dapat berlaku sempena ulang tahun parti yang ke-75 hari ini, dan Umno akan muncul semula jadi parti politik utama.

“Orang Melayu, baik yang tua mahupun yang muda, baik yang benci politik mahupun yang gila politik, baik yang sudah meluat dengan Umno mahupun yang fanatik terhadapnya, semuanya akan kembali sayangkan Umno. Ia mampu kembali menjadi parti nasional nombor satu di negara ini.

“Buat masa ini tiada mana-mana parti lain yang mampu menandinginya untuk berada di situ,” katanya. – 11 Mei, 2021.

4 - JANGAN MILIKI

SAHAM JUDI

5 - JANGAN MILIKI

SAHAM JUDI

CASINO GENTING

KHALAS 

INI LAGI BERAT 

MANA NAK 

RABA DUIT KEMPEN

 KHALAS



Tiada ulasan: