Rabu, 2 Jun 2021

BERKHALWAT HARI KE 442

 



KHALWAT KE 442


RABU 2/6/2021
KITA MASUK KE HARI 442
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 142

PKP 4.0
HARI KE 2

KELMARIN BERITA
PESAWAT CHINA MERAH
MEREDAH MASUK
KE UDARA TANAH MELAYU
APA MAKNANYA INI?
AMIN

PAGI INI 
DARI BILIK LAGI
GUA DENGAR SUARA
 KENG KENG

MASUK PINTU BELAKANG
GUA DISAMBUT OLEH MURAI
DARI KANAN DARI KIRI
ADUH!
PAGI JADI INDAH
BILA MENDENGAR BUNYI MURAI
DUNIA KITA INI
AKAN LENGANG 
TANPA MURAI

KUALA LUMPUR DARI JAUH
BERJEREBU
KL SENTRAL CHERAH
MATA  HARI DAH KELUR
BUNGA UNGGU MORNING GLORY
BERKEMBANG SANA SINI

GUA AMATI POKOK MENGKUDU
HA HA HA
DALAM MASA DUA HARI
SATU  LAGI BANGLO
DIDIRIKAN UNTUK GANTI
YANG TELAH KENA CURI
GUA NAMPAK 2 EKOR TEMPUA
SEDANG BEKERJA

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
SENYUM MASIH BELUM
DIANGGAP JENAYAH
DI TANAH MELAYU

BRO
JALINAN HUBUNGAN
YANG  MASAM
AKAN MERUBAH
SOSOK YANG BAIK

BRO
HATI KITA INI
DIBUAT MEMANG
UNTUK DIPATAHKAN

BRO
JIKA LU
PUTUS CINTA
LU AKAN TERJAGA
DALAM HIDUP

YAKINLAH
SEMUA YANG BERAKHIR INI
ADA PERMULAAN

LEBIH BAIK
BERDIRI SEORANG 
DARI BERDIRI
DENGAN SALAH ORANG

JATUH CINTA
DENGAN SALAH ORANG
AMAT PEDIH 

ORANG AKAN BERUBAH
KERANA DUA PEKARA
SATU : DIA MENDAPAT PENCERAHAN
DUA : DIA PATAH HATI

BRO
JANGAN MENANGIS
BILA IANYA BERLAKU
SENYUM KERANA
IANYA TERJADI

BRO
CARA MEREKA MENINGGALKAN
AKAN MENGAMBARKAN
SEMUNYA

BRO 
JANGAN BERI SESIAPA PUN
PELEKEH LU
WALAU PUN
LU SAYANG PADA DIA

HATI YANG LUKA
MACAM CERMIN PECAH
JANGAN  CUBA NAK SAMBUNG
NANTI TANGAN LUKA BERDARAH

BRO
LEBIH BAIK JATUH BERSAMA
DARI TERBARAI SENDIRIAN

BRO
JANGAN JATUH CINTA
PADA SOSOK
YANG ANGGAP LU
TAK SPESIAL

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berkhalwat bangang punya kelija !