Jumaat, 18 Jun 2021

BERKHALWAT HARI KE 458

 


KHALWAT  KE 458

JUMAAT  18/6/2021

KITA MASUK KE HARI 458
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 158

JENG JENG JENG
DARURAT
AKAN TAMAT
1 OGOS 2021

INI TITAH
AGONG
JENG JENG JENG

PKP 4.0

GAWAT POLITIK
BERTERUSAN
SEMENJAK RABU
BILAMANA KEKANDA ADINDA
BERJUMPA

ANGKA SERANGAN MENURUN
TAPI MASIH MENAKUTKAN
MALAYSIA MASIH
LAGI DIANGGAP
DI TAHAP BAHAYA
AMIN

PAGI INI HOKKIEN
CERAH DAN MALAP
ARAH SHAH ALAM CERAH
ARAH SUNGAI BESI KELAM
MATAHARI ADA
TAPI DILINDUNGI  AWAN MENDUNG

YANG BISING PAGI INI
HANYA TERKUKUR
ABANG BURUNG PANTAI DALAM
TAK DATANG

DI HADAPAN MENGKUDU
GUA TERNAMPK
LIMA EKOR TEMPUA
BILA GUA PERHATIKAN
ADA  DUA BANGLO
SEDANG DIBINA
 SEKARANG TOTAL
 JADI TIGA BANGLO

SARANG TEMPUA
DI POKOK MENGKUDU BAHAYA
WALAU PUN ADA KERENGKA
TAPI AMAT DEKAT DENGAN
JALAN BESAR
DAN AGAK POKOK RENDAH 
SENANG UNTUK DI RAGUT

PAGI INI DIHOKKIEN
TAK TAK DAN EZI
JUMPA KAWAN BARU
WARNA SAMA MACAM EZI

DAH HAMPIR SATU MINGGU
ANJING BARU  INI DIAM DI BLOK KAMI
MACAM DIA KENA TINGGALKAN
OLEH  TUAN
BAIK DAN TAK HURU HARA
BILA BERTEMU DENGAN
TAK TAK DAN EZI
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM

BRO
MASIH BELUM TERLAMBAT
UNTUK MEMULAKAN
HIDUP BARU

LAGI JAUH
KITA
MENJAUHKAN DIRI
DARI MAT PALAT
LAGI TENTERAM
HIDUP KITA

BRO
YANG PATAH BOLEH
DI SAMBUNG
YANG  LUKA
BOLEH DIUBATI
YANG GELAP
JANGAN RISAU 
MATAHARI AKAN SAMPAI

BRO
MAAFKAN
MAMAT YANG SERANG LU
YANG BENCI PADA LU
YANG LAYAN LU PALAT
TAPI
LEBIH PENTING
LU MAAFKAN DIRI LU
KERANA MEMBENARKAN
SATU KETIKA DULU
MAMAT INI
ADA BERSAMA LU

JIWA TENTERAM
BILA KITA
TAK AMBIL POT
DENGAN APA 
YANG BERLAKU DI LUAR

BRO
KEBAHAGIAN HIDUP INI
BERMULA DENGAN LU
BUKAN
DENGAN GAJI LU

TAKUT
TAK MENGUBAH MATI
TAKUT 
MENAFIKAN HIDUP

BRO 
SOSOK YANG GAGAH
YANG KITA LIHAT ITU
SATU KETIKA KETIKA DULU
TELAH MELALUI ZAMAN 
SUSAH JUGA

BRO
GUNAKAN SUARA KITA
UNTUK KEBAIKAN
GUNAKAN  TELINGA KITA
UNTUK BERSIMPATI
GUNAKAN  TANGAN KITA
UNTUK BERSEDEKAH
GUNKAN FIKRAH KITA
UNTUK MENEGAK KEBENARAN
GUNAKAN  HATI KITA
UNTUK CINTA LASIH SAYANG


BRO
KETIKA  GELAP
MACAM SEKARANG INI
KITA WAJIB TENANG
CARI CAHAYA
PENCERAHAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: