Isnin, 28 Jun 2021

BERKHALWAT HARI KE 468

 


KHALWAT KE 468

SENIN  28/6/2021
KITA MASUK KE HARI  468
BERKHALWAT

DARURAT 
HARI KE 168

PKP
4.0

PKP SAMBUNG
LAGI
KEDAI MAKAN
WARUNG
RESTORAN BOLEH BUKA
HINGGA JAM 10 MALAM
HANYA UNTUK BUNGKUS ?
DUDUK BELUM BOLEH LAGI ?
AMIN

PAGI INI HOKKIEN BASAH
HUJAN LEBAT JAM 5
PETANG KELMARIN
LEBAT BETUL HAMPIR
SATU JAM

KL DAN KL SENTRAL BERKABUS
UDARA BERSIH SEGAR 
LEPAS HUJAN

TAPI UNGGAS TAK ADA
YANG GUA DENGAR
HANYA TERKUKUR
YANG LAIN KESEJUKAN

HA HA
TAPI GUA NAMPAK 
SATU KUMPULAN KECIL
PIPIT UBAN
GALAK MERAGUT RUMPUT

DI POKOK MENGKUDU
BISING 
RAMAI TEMPUA
 SEDANG BEKERJA
GUA TAK PASTI DAH SIAPA
ATAU BELUM BANGLO

TAK TAK EZI DAN OSCAR
BERLARI RIANG
OSCAR MASIH MENUMPANG
UNTUK SEMENTARA WAKTU
DAH ADA KELUARGA ANGKAT BARU

KELMARIN 
GUA BAWA KE KLINIK
DI JALAN KLANG LAMA
UNTUK VAKSIN
INI PERSEDIAAN
UNTUK TERBANG KE SINGAPURA
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
GEMBIRALAH SESIAPA
YANG HIDUP
HARI KE HARI
BERSYUKUR
TAK BANYAK KOMPLIN
TAK BANYAK CIKADAK
DENGAN APA YANG ADA

BRO
KEJUJURAN
MENYELAMATKAN
MASA

BRO
APA LU PIKIR
LU AKAN JADI
PASTI
LU AKAN JADI

BRO
PERASAAN 
HANYA DATANG MELAWAT
DAH SAMPAI
BIARKAN DIA PERGI

BRO
KESAKITAN INI
KITA JADIKAN GURU
UNTUK KITA
MENJADI BIJAK

BRO
BILA KITA BIARKAN
DIA PERGI
ADA RUANG BARU
DALAM HATI KITA
UNTUK YANG LAIN

DALAM DUNIA INI
TIDAK ADALAH
KEKAYAAN YANG AMAT KAYA
MELAINKAN JIWA
YANG TENTERAM

BRO
SENTIASA BERSEDIA
DIMANA SAJA LU BERADA
KALAU TIDAK 
LU TERGELINCIR 
DALAM HIDUP

BRO
APA SAJA
GANGGUAN DATANG
DARI ORANG LAIN
AKAN MENGAJAR KITA
UNTUK MEMAHAMI DIRI 
KITA SENDIRI

BRO
GUA BERSYUKUR
DENGAN APA YANG ADA
TERMASUK KESUSAHAN
YANG GUA PERNAH LALUI
WALAU PUN KETIKA  ITU
GUA TAK FAHAM 
MAKNA KESUSAHAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: