INI PANDANGAN
BAIK
AMIN
RAFIDAH MEMILIKI
WIBAWA FIKRAH
YANG BETUL
AMIN
SATU SATUNYA
POLITIKUS WANITA
MALAYSIA
YANG BERANI
MENYANGGAH
MADELEINE ALBRIGHT
WAKIL KAUM
KAUM PEMODAL
IMPERIALIS AMERIKA
AMIN
TAPI TERLIBAT
KES ENAM KOTAK
MAT EZAM
AMIN
Malaysia dilanda Covid, rasuah dan kekeliruan, kata Rafidah
NEGARA kita ini bukan sahaja dilanda pandemik Covid-19 tetapi juga masalah rasuah dan kekeliruan, kata bekas menteri.
Tiada langkah dan pendekatan yang bijak dan koheren dilihat dalam tindakan kerajaan menangani wabak Covid-19, kata Rafidah Aziz.
“Nampaknya ada korelasi yang kuat antara kenyataan yang membingungkan oleh pihak berkuasa, dan lonjakan kes jangkitan yang didaftarkan.
“Terutamanya apabila kenyataan dan pengumuman berubah dari hari ke hari, kadang-kadang mengikut jam dan ada yang tidak masuk akal,” katanya.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu merujuk kepada langkah kerajaan yang membenarkan orang ramai yang tiada hubungan menaiki bas pelancong namun tidak membenarkan satu keluarga lima orang menaiki satu kenderaan utiliti sukan (SUV).
Putrajaya menggunakan bas pelancong untuk menghantar pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin manakala prosedur operasi standard hanya membenarkan dua orang dalam satu kenderaan.
Beliau turut membidas kerajaan berhubung kementerian mana yang boleh memberi kebenaran untuk rentas sempadan atau membenarkan sektor ekoomi beroperasi.
“Hari pertama Miti, kemudian bukan Miti dan kemudian Miti lagi. Mengapa harus Miti?
“Mengapa bukan kementerian dan jabatan berkaitan agar beban di Miti dapat dikurangkan?” soalnya.
Pada Isnin, kerajaan menyatakan semua surat kebenaran untuk periagaan beroperasi atau perjalanan untuk tujuan itu akan dikeluarkan satu pusat sehenti yang diselia oleh Miti.
Bagaimanapun sehari sebelum itu, Putrajaya menyatakan kelulusan perlu diberikan oleh kementerian bagi industri berkaitan mereka.
Ia turut mengumumkan bahawa semua surat kelulusan untuk perniagaan dan perjalanan bagi tujuan itu dibatalkan berkuatkuasa esok. Dan kemudian ia dibenarkan sehingga 3 Jun.
Mengulas lanjut, Rafidah berkata slogan ‘Cash is king’ dilihat menjadi pemacu kepada keputusan yang dibuat kerana rasuah bukan sekadar sesuatu yang menyimpang dalam masyarakat.
“Ini berkembang menjadi SOP sendiri. Setiap hari, seseorang didakwa di mahkamah, atau ditahan oleh SPRM,” katanya.
Rafidah turut mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menutup Parlimen.
“Menghalang perbahasan dalam tempoh darurat politik, akan menyebabkan ketiadaan semak dan imbang yang berterusan,” tambahnya.
Malaysia dikenakan sekatan pergerakan fasa pertama bermula 1 Jun hingga 14 Jun dengan SOP yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19. – 2 Jun, 2021.
1 ulasan:
Kalu nak amik wanita jd first PM,nie la orgnya bukan wan azizah. Kak wan lebih pening kepala mikirkan Mana Anwar pegi,buat apa,lpk dgn budak mana,jubor sape plak dibalunnya.Bila Masa Kak wan nak pikir hal negara.
Catat Ulasan