POTONG GAJI
TAK ADA MAKNA
AMIN
NAK SEDAPKAN
HATI MAK CIK
PAK CIK FELDA KE?
AMIN
Menteri, timbalan tidak bergaji sehingga Ogos, umum Muhyiddin
Langkah itu adalah sebagai tanda sokongan barisan jemaah menteri dan timbalan menteri ketika kerajaan mengenakan sekatan pergerakan penuh (PKP) yang hanya membenarkan operasi sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu, antara 1 hingga 14 Jun ini.
“Sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021.
“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,” katanya dalam perutusan khas bantuan PKP 3.0, yang disiarkan secara langsung melalui televisyen malam ini.
Ini adalah kali kedua jemaah menteri Muhyiddin tidak mengambil gaji semasa PKP dan menyalurkannya untuk Tabung Covid-19.
Pada 25 Mac 2020, mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan pemotongan dua bulan gaji perdana menteri, menteri dan timbalan menteri untuk disalurkan ke Tabung Covid-19. – 31 Mei, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan