WOIT
KENAPA
WAJIB PILIH
KAH KAH KAH
GEROMBOLAN
NAK TIGA TIGA
SEKALI
AMIN
NAK RAKYAT
UNTUK TIPU
DAPAT UNDI
AMIN
NAK RAJA AGAR
RAKYAT DAPAT
DITIPU
AMIN
NAK PN
KERNA TANPA PN
TAKDA KUASA
TAKDA FULUS
SUSAH NAK MENIPU
KHALAS
Ahli Parlimen UMNO mesti pilih untuk bersama rakyat, raja atau PN – Khaled
KUALA LUMPUR – UMNO mesti menyelamatkan Malaysia dengan mengusahakan penubuhan kerajaan Interim dengan hanya tiga mandat sahaja.
Mandat tersebut ialah menguruskan ekonomi negara, menguruskan krisis kesihatan dan mentadbir negara demi menyediakan ia untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Interim ini terhenti apabila PRU diadakan.
Tegasnya, Parlimen mesti harus terus bersidang, kebebasan media dan media sosial dijamin, setiap keputusan dan perbelanjaan kerajaan mesti di bentangkan di Parlimen demi kepentingan semak dan imbang serta fungsi Perlembagaan mesti dipulihkan sepenuhnya.
Oleh itu, katanya, adalah lebih baik dan strategik untuk ahli-ahli Parlimen UMNO perlu meninggalkan Perikatan Nasional daripada membelakangkan kepentingan nasional dalam saat krisis ini.
“‘UMNO cannot abandon the nation for Perikatan Nasional” (UMNO tidak boleh mengenepikan rakyat untuk Perikatan Nasional). Apa lagi bila wibawa kerajaan telah punah sepunah-punahnya,” katanya yang menyifatkan kenyataan perdana menteri semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing.
Tambah beliau, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah SPB Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan raga.
Malah, UMNO tidak akan dan tidak wajar terheret dalam konflik ini. Iltizam UMNO sedari awal penubuhannya, adalah antara lain mempertahankan institusi raja.
”Apa jua tindakan yang tidak selari dengan iltizam tersebut adalah bertentangan dengan nilai, pendirian dan perjuangan UMNO,” jelas beliau lagi.
Menurut beliau, saat UMNO terbelenggu dengan nafsu demi kuasa dan kedudukan dalam Kerajaan PN telah berakhir.
“Wakil rakyat UMNO mesti memilih. Bersama Raja dan rakyat atau bersama dengan Perdana Menteri dan Perikatan Nasional,” ujar beliau.
1 ulasan:
Masa PN rampas kuasa, kerajaan haram tu digelar Pintu Belakang atau Pengkhianat. Lobai Kepala Towel masa tak dapat jawatan telah mengherdik kerajaan tu sebagai Tebuk Atap. Bila dapat jawatan terus puji ianya kerajaan Melayu-Islam yang telah menghancurkan kerajaan yang nak manghapuskan umat Melayu Islam dalam negara ini. Kluster mahkamah pula yang terdiri dari perompak penyamun berdolak dalik berputar belit dalam memberi sokongan kepada kerajaan prngkhianat itu dan secara halus menghunuskan keris menikam jantung pengkhianat dengan puaknya dapat meneraju kerajaan haram itu. Bila jantung kepala pengkhianat itu kena tikam maka puak kluster mahkamah dapat mengambil alih tetai kerajaan PN itu tak tumbang tapi dah boleh digelar kerajaan PN 2.0 atau kerajaan haram dalam haram atau kerajaan Tebuk Jantung.... inilah cara halus perompak penyamun itu kembali berkuasa. Tapi apa nak heran kan? Dah DNA diaorang dulu kini dan selamanya MENIPU... demi kepentingan sendiri menjualkan rakyat marhaen miskin yang alpa kerana sentimen 3R.
Catat Ulasan