MASIH RAMAI
TAK FAHAM
APA MAKNA
BERITA INI
AMIN
INI CARA TAKTIK
KERJA POLITIK
MONDUS OPERANDI
ANWAR IBRAHIM
AMIN
Tiada majlis menghadap Agong, kata pegawai Anwar
PEGAWAI Anwar Ibrahim menafikan ketua pembangkang itu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini seperti dilaporkan media.
Pegawai itu mengesahkan kepada The Malaysian Insight, tiada majlis seperti itu dijadualkan untuk Anwar pada hari ini.
“Anwar sebaliknya petang ini dijadual berbincang dengan pegawai-pegawainya berkenaan sidang khas Parlimen yang akan bersambung pada Isnin,” kata pegawai tersebut.
Ia turut dinafikan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang menyifatkan laporan berkenaan sebagai “berita tidak benar”.
Terdahulu hari ini, laporan Astro Awani dan Malaysiakini mendakwa Anwar diperkenan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Laporan memetik sumber PKR itu mendakwa Anwar Akan menghadap baginda di Istana Abdulaziz di Kuantan pada jam 2.30 petang.
Desas-desus mengenai majlis menghadap itu menjadi perhatian selepas baginda menyatakan kemurkaan ke atas Muhyiddin Yassin dan pentadbiran perdana menteri itu.
Ia berkaitan pembatalan ordinan darurat yang dibuat dengan membelakangkan kuasa baginda dan mengingkari titah agar dibahaskan dan diungkaikan di Parlimen.
Pentadbiran Muhyiddin kini mengelak sebarang usul yang boleh membawa kepada pengundian di Parlimen kerana ia akan menguji sokongan majoriti dan keabsahan kuasa perdana menteri itu. – 31 Julai, 2021.
1 ulasan:
Negara ini boleh diugut menggunakan lubang jubo, tak percaya? Sejak 1998 setelah berpuluh tahun baru orang ramai sedar bahawa lubang jubo menentukan kestabilan politik Malaysia, tak percaya cuba masukkan semula penjubor dalam penjara, aman sikit.
Catat Ulasan