Selasa, 20 Julai 2021

BERITA BAIK - BERITA BURUK UNTUK PKR FAHMI FADIL

 

INI BERITA BAIK

UNTUK FAHMI PKR

AMIN

UMNO GADUH

SAMA SENDIRI

AMIN

RAJA NONG CIK

MASUK CALON

 BEBAS

AMIN 

BERITA BURUK

UNTUK FAHMI

JIKA ZAFRUL

TANDING

AMIN

BANYAK FULUS

BANYAK JENTERA

AMIN



Umno letak calon luar di Lembah Pantai, lapor media

BEKAS menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sedia bertanding sekali lagi di Lembah Pantai sekiranya Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan anak tempatan dalam pilihan raya umum akan datang, lapor Utusan Malaysia.

Katanya, kerusi Parlimen Lembah Pantai mesti ditandingi calon Umno dari kawasan itu juga, yang pada pandangannya lebih memahami dan dikenali penduduk setempat.

“Kalau nak minta turun padang dan bagi sokongan, saya tidak ada masalah. Tetapi kalau pilih orang luar, pilihan raya akan datang saya akan bertanding.

“Saya sanggup bertanding calon bebas jika Umno calonkan orang luar,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Bekas senator itu juga berkata Umno wajar memberi peluang kepada calon muda bertanding pilihan raya untuk membolehkan mereka maju dalam parti dan politik.

“Calon muda ramai, tak ada masalah untuk saya menyokong, terpulang kepada pucuk pimpinan parti, tetapi paling penting calon mesti orang Lembah Pantai,” tambahnya.

Raja Nong Chik kalah kepada calon PKR Nurul Izzah Anwar pada pilihan raya umum 2013 dan kemudian kalah juga kepada calon parti sama Fahmi Fadzil pada 2018.

Beliau mengejutkan banyak pihak apabila dilantik senator dan kemudiannya menteri dalam pentadbiran Najib Razak ketika bekas presiden Umno itu jadi perdana menteri pada April 2009.

Raja Nong Chik yang bergiat dengan Umno di peringkat bahagian sejak 1989 bagaimanapun kini tidak lagi menerajui Umno Lembah Pantai.

Selepas kalah pilihan raya umum 2018, beliau tidak bertanding jawatan ketua bahagian sebaliknya memberi jalan kepada timbalannya Ramlan Askolani untuk mengambil alih.

“Tengku Zafrul boleh menang, tanding tiket BN”

Mengulas desas-desus Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik yakin ahli perbankan itu ada harapan menang – dengan syarat, bertanding sebagai calon BN dan bukan Perikatan Nasional (PN).

“Tengku Zafrul ada peluang untuk menang jika beliau mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN). Beliau memang orang Lembah Pantai, ibu bapanya pernah duduk di Bangsar dan beliau pun membesar di sana.

“Tetapi kalau nak bertanding, bertandinglah sebagai calon BN dan bukan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Adik Tengku Zafrul, Tengku Zuhri Abdul Aziz adalah timbalan ketua Umno Lembah Pantai.

Sejak akhir tahun lalu, banyak pihak membuat spekulasi Bersatu mahu meletakkan Tengku Zafrul bertanding di Lembah Pantai.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh juga mengusik Tengku Zafrul di Twitter baru-baru ini selepas senator itu menyampaikan bantuan bakul makanan di Masjid Ar-Rahman di Jalan Pantai Baru.

Tengku Zafrul tidak menjawab usikan itu tetapi pada November tahun lalu berkata beliau tidak cenderung dengan politik sebaliknya hanya mahu menumpukan perhatian untuk memulihkan ekonomi kesan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Raja Nong Chik juga berkata Umno lebih berpeluang cerah merampas kerusi Lembah Pantai jika bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

“Dengan MN, peluang untuk Umno menang lebih cerah. PAS pun mempunyai jentera yang kuat di Lembah Pantai.

“Tetapi kalau nak sokong PN ada risikonya, UMNO kena buat keputusan apa arah tuju parti,” katanya.

PAS kini bersama Bersatu dalam PN manakala Umno sudah memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang mengambil alih kerajaan melalui percaturan politik pada Februari tahun lalu, berjanji akan mengadakan pilihan raya segera sebaik saja pandemik Covid-19 reda. – 20 Julai, 2021.


BERITA LAGI

BURUK UNTUK 

FAHMI PKR

BILA NURUL 

NAK DATANG

KE LEMBAH PANTAI

AMIN

PUTER REFORMASI

SUDAH DITOLAK

 PERMATANG PAUH

KAH KAH KAH

OOOOMPH

SUDAH ILANG

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: