Khamis, 22 Julai 2021

BERKHALWAT HARI KE 492

 


KHALWAT KE 492

KHAMIS  22/7/2021
KITA MASUK KE HARI 492
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE  192
AKAN TAMAT
AKHIR BULAN

PKP 4.0
MASIH  PARAH
MASIH MENAKUTKAN
MASIH TAK TENTU HALA

POLITIKUS MASIH
BUAT ONAR SANA SINI
TAK TUMPU
MELAWAN KOBID

PARLIMEN ?
ADA 1000 SOALAN
DARI PAKATAN HARAPAN
KHALAS

EKONOMI ?
BALA BESAR MENIMPA
EKONOMI DUNIA
BUKAN KITA SAJA
DIMANA MANA
DALAM KEADAAN SAMA

ADA JALAN KELUAR ?
JAWABNYA ADA

KITA WAJIB MENYATUKAN TENAGA
MENYATUKAN FIKRAH
BERBINCANG  BUKAN
BERGADUH POLITIK
JUSTERU
GUA MASIH LAGI
MENGAJUKAN
KERAJAAN PERPADUAN
SEMUA PARTI BEKERJASAMA
LAWAN KOBID
AMIN


PAGI INI
 DIPINTU MASUK HOKKIEN
GUA DENGAR HOW WOW
BERLAGU BEBERPA KALI
KEMUDIAN SENYAP

SIMPONI CENGKERIK BERMAIN
MURAI BERKICAU
MENAMBAH INDAH
PAGI YANG SEGAR

KUALA LUMPUR DIBALUTI
KABUS NIPIS
MATAHARI TAK NAMPAK

PANAS YANG MENJANJIKAN
TELAH
HAMPIR 1 MINGGU PANAS
HINGGA KE PETANG
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
PAGI INI

BRO
BUAH DURIAN 
YANG INDAH ITU
KADANG KADANG ADA ULAT

BRO
SUDU ITU
TAK TAHU RASA SUP 
SAMA MACAM
MAT BEBAL BERILMU TAK TAHU
APA ITU PENCERAHAN

BRO
LORONG DALAM BELUKAR ITU
DI BUAT DENGAN BERJALAN

BRO
KALAU LU TAK NAK
SESIAPA TAHU PEKARA ITU
LU JANGAN BUAT
PEKARA ITU

BRO
KALAU LU SUKA MEMBERI
LU AKAN SENTISA ADA BARANG

BRO
UNTUK BERJAYA
CUBA RUJUK
TIGA FIKRAH
DARI
SOSOK YANG LEBIH TUA

BRO
CUACA INI
HANYA SEMENTARA

BRO
KALAU LU TAKUT MATI
LU TAK AKAN
ENJOI HIDUP

BRO
SEBELUM NAK KE GAZA
LIHAT TIGA KALI 
KAMPUNG PANTAI DALAM
KAMPUNG MEDAN
DAN
KAMPUNG ORANG ASLI

BRO
KALAU LU MARAH MARAH
HILANG MASA
UNTUK  BERGEMBIRA

BRO
JANGAN JUAL MATAHARI
UNTUK BELI PELITA

BRO
JANGAN PECAHKAN
RAKIT YANG
TELAH BAWA LU NYEBERANG 

BRO
BUAT BAIK
DAN CAMPAKAN
IANYA KE DALAM LAUT

BRO
LU TAK MUNGKIN  BERSALAM
KALAU TANGAN LU
TERUS TERGENGAM

BRO
MARI KITA
KORBANKAN HARI INI
UNTUK ANAK CUCU KITA ESOK

BRO
BELAJAR TAK AKAN
MENGERINGKAN OTAK
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: