Isnin, 26 Julai 2021

BERKHALWAT HE KE 496

 




KHALWAT KE 496

SENIN  26/7/2021

KITA MASUK KE HARI 496
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 196
LAGI 5 HARI
TAMAT

PKP 4.0
MASIH MENGGANAS
ADA KAWASAN BARU PKPD
ANGKA BELUM TURUN
MASIH MENAKUTKAN

SENIN PAGI INI
26/7/2021
PARLIMEN BERSIDANG
PAGI INI
KITA LIHAT APA BERLAKU

BEBERAPA YB
TAK DATANG KE PARLIMEN
KENA KURANTIN
POSITIF KOBID

SEMUA YB  BOLEH DATANG
MACAM PARLIMEN BIASA
LAGI PUN
DARURAT NAK TAMAT
AMIN


PAGI INI KL DAN KL SENTRAL
BERKABUS
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI
AWAN MELINDUNG CAHAYA

ARAH KL SENTRAL TAK BISING
ARAH SUNGAI BESI BISING
GUA DENGAR DARI ARAH
SUNGAI BESI
BUNYI KERETA POLIS
PAGI PAGI BISING APA HAL?

GUA BERJALAN  DENGAN 
IRINGAN SIMPONI CENGEKRIK
DAN  KICAUAN MURAI
INDAH PAGI INI

GUA TERNAMPAK
BUNGA  EKOR KUCING
MACAM MANA BUNGA INI
SAMPAI KE SINI
PASTI BIJINYA
UNGGAS YANG BAWA
AMIN

BRO
SENYUMLAH
SENYUM MENYAMBUT
HARI BARU

BRO
SENTIASA CARI
BENDA DAN PEKARA
YANG MENYENANGKAN HATI
DAN JIWA UNTUK KEHIDUPAN

BRO
BUAT APA YANG LU SUKA
IALAH KEBEBASAN
GEMBIRA BUAT
APA YANG LU SUKA
IALAH KEBAHAGIAN

BRO
LU MASIH BELUM KAYA
HINGGA LU ADA MEMILIKI  SESUATU
YANG DUIT PUN 
TAK BOLEH BELI

BRO
GUA INI BUKAN SEWEL
GUA INI
EDISI TERHAD

BRO
SENYUM 
PENYELESAI MASALAH
YANG KITA HADAPI
SENYUM
MENGHILANGKAN KETAKUTAN
DAN
SENYUM
MENUTUP SEMUA KESAKITAN

BRO
APA SAJA  YANG MENJADIKAN 
DIRI LU KETAT
TINGGALKAN
APA SAJA YANG BUAT DIRI LU SENYUM
SIMPAN

BRO
JADI SEWEL
JADI  NGOK
JADI SOSOK PELIK
JADI APA SAJA
KERANA MASA INI
AMT SINGKAT
 UNTUK JADI YANG LAIN
KECUALI GEMBIRA

BRO
HIDUP INI AKAN
LEBIH GEMBIRA
KALAU KITA TOLAK
BANGANG

BRO
SENTIASA JUJUR PADA DIRI SENDIRI
KERANA TAK RAMAI ORANG
AKAN JUJUR PADA LU

BRO
KURANG KENALAN
KURANG BANGANG
PILIH KAWAN 

BRO
SENTIASA DENGAR
SENYAP DAN SUNYI
IANYA 
MEMBAWA  PELBAGAI BERITA

BRO
IMPIKAN
RANCANGKAN
KEMUDIAN 
LAKUKAN

AKHIRNYA
KITA AKAN SESAL
PADA PELUANG YANG
TIDAK KITA AMBIL

BRO
CARA LAMA TAK AKAN
BUKA PINTU BARU

BRO
BERBUAL DENGAN
DIRI LU SENDIRI
SAPERTI DUA KEKASIH
AMIN

LAKUKAN SEKARNG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: