Sabtu, 10 Julai 2021

FINTAH KERAJAAN

 


BRO

LU DARI MANA? 

AMIN

DARI SWEDEN KA?

 ATAU DARI BERLIN ?

AMIN

INI MALAYSIA

TIPU FAKTA

TIPU ANGKA

SATU AMALAN

KHALAS

KALAU TAK TIPU

MACAM MANA

NAK BERKUASA

AMIN



Kerajaan tipu ekonomi Malaysia makin pulih, kata pakar ekonomi

KERAJAAN tidak berkata benar apabila mengumumkan ekonomi Malaysia bertambah baik sedangkan data dan angka menunjukkan sebaliknya, kata pakar ekonomi tersohor Dr Muhammed Abdul Khalid.

Pakar ekonomi itu berkata ada beberapa penunjuk arah yang ekonomi sedang parah ketika pandemik Covid-19 ini.

Ini termasuk penguncupan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK), peningkatan jumlah pengangguran dan pekerja yang guna tenaga tidak penuh, kadar kemiskinan meningkat serta tahap bunuh diri sangat membimbangkan.

“Ekonomi kita sudah mengecil tiga tahun ke belakang. Angka ini sama seperti tahun 2018,” kata Muhammed kepada The Malaysian Insight.


Keadaan ini lebih teruk mengikut negeri, tambahnya.

“Kalau tengok dari segi KDNK per kapita di setiap negeri, banyak negeri ke belakang. Di Sabah, lima tahun ke belakang. Di Terengganu tiga tahun ke belakang. Di Kuala Lumpur dan Selangor dua tahun ke belakang,” kata Muhammed.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan KDNK menguncup 5.6% pada 2020 dan pada suku pertama 2021, ekonomi menguncup lagi 0.5%.

Namun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata ekonomi menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada suku kedua.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga turut berkata keadaan ekonomi negara dijangka bertambah baik tahun ini berikutan langkah pemulihan oleh kerajaan.

Sementara itu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata RM150 bilion yang diumumkan dalam rangsangan kewangan terbaharu kerajaan, Pemulih, akan meningkatkan KDNK sebanyak 2%.

Bagaimanapun, Muhammed tidak percaya. Katanya, jumlah bantuan kewangan secara terus oleh kerajaan tidak cukup.

“Wang yang dibelanjakan oleh kerajaan dalam Pemulih sebenarnya sangat kecil iaitu RM10 bilion, tidak sampai 1% daripada jumlah KDNK yang dijangkakan tahun ini.

“Sebenarnya, daripada pakej rangsangan bernilai RM530 bilion yang diumumkan kerajaan waktu pandemik ini, cuma 16% berbentuk suntikan fiskal langsung.

“Menteri terlalu kedekut untuk guna duit selamatkan nyawa,” katanya.

Muhammed juga berkata, berdasarkan peningkatan kes Covid-19 dan kadar vaksinasi yang perlahan, Bank Dunia telah menilai semula ramalan pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini ke angka yang lebih rendah iaitu 4.5% berbanding ramalan kerajaan 6%.

“Tahun suku pun dijangka mengecil disebabkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur yang menyumbang 40 peratus kepada ekonomi negara,” katanya.

Mengenai sektor buruh, Muhammed berkata jumlah pengangguran juga naik 44% kepada 743,000 berbanding Disember 2019.

“Ini antara paling tinggi dalam tempoh 30 tahun! Bahkan, bukan hanya ramai yang hilang kerja, tetapi yang bernasib baik bekerja kurang masa, guna tenaga tidak penuh.

“Peratusan yang kerja guna tenaga tidak penuh naik sebanyak 92% kepada 367,000 orang pada tahun lepas. Golongan muda juga tertekan, jumlah pengangguran di kalangan mereka adalah yang tertinggi.

“Di mana katanya pulih?” kata Muhammed.

Lebih ramai rakyat jatuh miskin

Turut dilaporkan, kadar kemiskinan Malaysia naik kepada 8.4% berbanding 5.6% tahun lalu kerana pandemik.

“Maksudnya jumlah isi rumah yang jatuh ke dalam kemiskinan naik dari 405,000 kepada 607,000 isi rumah. Maknanya 200,000 isi rumah jatuh miskin.

“Kalau isi rumah ada lima orang, ini bermaksud sepanjang tahun lepas, satu juga rakyat Malaysia jatuh miskin.

“Kalau ekonomi berkembang, kadar kemiskinan mesti turun. Di mana katanya pulih?”

Selain itu, baru-baru ini polis telah mengeluarkan data purata dua kes bunuh diri berlaku setiap hari sejak 2019 sampai sekarang.

Daripada 1,708 kes bunuh diri yang direkodkan, 872 orang, menjadikan satu daripada dua kes adalah remaja.

Muhammed mengingatkan ini adalah jumlah yang bahaya dikeluarkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan pertubuhan kebajikan lain sejak awal tahun lalu.

“Kita tahu kita hadapi masalah ekonomi tidak berkembang, rakyat tertekan dan tiada pendapatan. Tahun lepas Unicef buat kajian di Kuala Lumpur. Seawal Ogos tahun lepas, masalah mental adalah perkara serius.

“Satu daripada lima ketua isi rumah menghadapi masalah mental terutamanya ibu tunggal. 80 peratus menghadapi stress.

“Sekarang kanak-kanak akan hadapi tekanan,” katanya.

“Ibu bapa berkata separuh daripada anak mereka hadapi tekanan dan hilang minat belajar.

“(Jika) kita tidak bertindak cepat. Tahun ini kadar kes bunuh diri dua kali ganda tahun lepas. Dan separuh (kes) bunuh diri yang tertekan adalah kanak-kanak,” katanya.

Tambah Muhammed, perubahan sosioekonomi tidak berlaku malah bertambah teruk seperti yang dapat dilihat dalam kempen bendera putih ditunjukkan rakyat yang ada masalah kewangan.

Situasi Covid-19 di Malaysia juga masih membimbangkan dengan jumlah beban kes mencapai angka 800,000, dengan lebih 5,000 kematian. – 9 Julai, 2021.

JANGAN RISAU

MAK CIK FELDA

TAK SEDAR

AMIN

KERAJAAN INI

 DIANGGAP

KERJAAN SUCI

BERSAMA PARTI

ISLAM

OPPS... MAAAF

AMIN

JANGAN

MARAH  KU LI 

TERSILAP

KAH KAH KAH

KERAJAAN

BERSAMA

PARTI PELACUR

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nape lah lu nak fitnah kerajaan. Berdosa nanti kena mintak maaf dgn kerajaan, bermakna kena minta maaf dgn 30 juta penduduk. Susah tu. Ekonomi kita memang berkembang pesat. Pelaburan asing mencurah2. Aku tak pasti dicurahkan dimana. Anak2 jiran aku semua dok relak2 kat umah tak gi kerja. Syarikat bg cuti panjang. Makan pagi petang oder je sampai pintu rumah. Kedai2 kat kejiranan ku sebaris tutup kecuali kedai tujuhsebelas. Tokey2 kedai yg tutup tu dok umah bermain ngan anak cucu 24 jam bagi menjana kualiti hidup berkeluarga. Rider fast food sumer ada kualiti, memiliki degree dan masters. Grab driver ramai offer keta untuk dijual sebab malas nak bayar ansuran,nak duduk umah relaks mcm org lain. Budak2 muda ramai skrg ni yg mencebur diri dlm industri penjualan, katanya jual sekam. Aku pun bangga juga budak2 ni boleh terfikir jual sekam. Ramai dah anak2 muda berminda perniagaan. Masyarakat pun ramai dah kaya raya. Drp dok relaks kat umah, mrk ramai2 pegi bagi hadiah makan dan keperluan harian kpd sape2 je yg kibar bendera putih tak kira bangsa atau ugama. Harga ikan kembung pulak dah naik RM20 sekilo bukti ekonomi mencanak naik. Budak2 kaki ragut pun dah relaks kat umah tak gi kerja. Sebab ramai pelanggan main dok umah tak keluar2. Yg dok umah suka ngat melayari website EPF,Baitulmal, Perihatin itu Perihatin ini mungkin nak buat derma. Orang putih kata kehidupan spt ini adalah utopia.