KE MANA ARAH
MUHYIDIN
DI BAWA PELACUR
AMIN
Umno tak tahu ordinan darurat sudah dibatalkan, kata Zahid
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendakwa pihaknya tidak mengetahui bahawa ordinan darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai.
Zahid berkata, Umno tidak mengetahui ia sudah dibatalkan walaupun dalam keadaan ada segelintir ahli Parlimen dari parti berkenaan menyertai kerajaan Persekutuan.
“Ini antara bukti mengapa Umno tidak boleh dikait dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan.
“Ia kerana ahli Parlimen dari Umno terbabit bekerja untuk kerajaan Persekutuan bernama PN. Bukan lagi kerajaan Persekutuan bernama BN yang tewas PRU14 angkara fitnah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk membatalkan semua undang-undang yang diluluskan semasa pengisytiharan darurat berkuat kuasa 21 Julai.
“Kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit.
“Saya mengesahkan bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baru apabila ia tamat pada 1 Ogos 2021,” kata ahli Parlimen Kota Bharu itu.
Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk menggunakan analogi sukan dalam usahanya menjauhkan Umno dari PN.
“Ini ibarat sukan apabila pemain pasukan A diimport dan dibayar bermain untuk pasukan B.
“Jika pasukan B gagal adakah pasukan A juga perlu dipersalahkan?
“Ini dua organisasi yang berbeza. Pengurusan berbeza. Cara dan falsafahnya juga berbeza,” katanya. – 28 Julai, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan