Jumaat, 16 Julai 2021

MUHYIDIN BERSELINDUNG DI BELAKANG DARURAT

 


DARURAT 

SELAMATKAN 

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

DARURAT

NAK 

SELAMAT MALAYSIA

DARI KOBID

KAH KAH KAH



Speaker tiada hak tolak usul Pejuang, kata Dr Mahathir

SPEAKER Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun tiada hak untuk menolak dua usul Pejuang tanpa merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Dr Mahathir Mohamad. 

Pengerusi Pejuang itu berkata beliau menerima surat daripada Speaker yang menyatakan hanya dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong akan menentukan sama ada usul itu boleh dibahaskan. 

“Tetapi dia tidak merujuk kepada Agong dan membuat keputusan usul saya tidak boleh dibahas,” kata Dr Mahathir pada sidang media hari ini. 

“Beliau sepatutnya meminta Agong untuk putuskan. Namun beliau tolak usul kami tanpa merujuk kepada Agong. Beliau tiada kuasa untuk menolak.”

Dr Mahathir berkata beliau telah memajukan dua usul menjelang persidangan khas Dewan Rakyat bermula 26 Julai hingga 2 Ogos. 

Beliau berkata usulnya adalah untuk meminta Parlimen untuk bahaskan perisytiharan darurat yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Perikatan Nasional pada 11 Januari dan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengatasi Covid-19. 

Dr Mahathir berkata usul kedua dibawa oleh Setiausaha Agung Pejuang Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu). 

Namun kedua-dua usul itu ditolak, kata bekas perdana menteri. 

Selepas menunggu selama lapan bulan, pembangkang berharap untuk membahaskan dan mengundi Perisytiharan Darurat. 

Pembangkang berkata darurat adalah tidak perlu dan ia tidak lebih sekadar hanya penipuan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengelakkan sidang Parlimen. 

Muhyiddin dipercayai hilang sokongan majoriti di Parlimen selepas Umno mengumumkan untuk menarik balik sokongan ke atasnya sebagai perdana menteri. 

Dalam usaha untuk menjaga imejnya, Kabinet pada Rabu mengumumkan ia masih menyokong presiden Bersatu sebagai perdana menteri. – 15 Julai, 2021.



SOALAN

KURUN INI

AMIN

SELAMATKAH

MUHYIDIN

SALEPAS

DARURAT

DI BATAL

JENG JENG JENG



Tiada ulasan: