Rabu, 7 Julai 2021

MUHYIDIN SAILANG ZAHID DAN ANWAR

 

MUHYIDIN

BERJAYA ?

AMIN

ZAHID GAGAL?

AMIN

ANWAR KENA

SAILANG ?

KHALAS



Dua menteri Umno dapat jawatan tinggi di tengah konflik dengan Bersatu

BERIKUTAN spekulasi berbulan-bulan lamanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya membuat kejutan pada hari pertamanya kembali ke pejabat setelah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun, dengan mengumumkan kenaikan pangkat dua menteri Umno.

Di tengah ugutan Umno mahu keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menarik sokongan mereka terhadap perdana menteri, Muhyiddin mengumumkan kenaikan pangkat Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Juga dalam kenyataan sama, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein, yang tidak memegang jawatan peringkat kebangsaan dalam Umno, turut diangkat menjadi Menteri Kanan, mengambil alih kluster keselamatan dari Ismail Sabri.

Namun, adakah ini kompromi yang dicapai antara Muhyiddin dan Umno atau adakah ini tindakan berat sebelah?

Pengumuman kenaikan pangkat itu dibuat hanya beberapa jam sebelum majlis tertinggi Umno bermesyuarat malam ini bagi memutuskan sama ada akan menarik sokongannya kepada kerajaan dan Muhyiddin atau tidak.

Hishammuddin dan Ismail Sabri bertindak balas dengan mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin walaupun sehari sebelum, Ketua Pemuda Umno  Tuan Haji Aysraf Wajdi Dusuki berkata di Facebook, Umno telah putuskan untuk tidak terima jawatan TPM dari Perikatan Nasional.

Jadi, timbul persoalan lagi adakah jawatan TPM diberikan kepada Umno, atau kepada individu?

Juga bagaimana ia akan memberi kesan terhadap mesyuarat majlis tertinggi Umno yang bersidang malam ini?

Berikut garis masa pertelingkahan Umno dan Bersatu sejak 2020.
 
Garis Masa

13 Mac, 2020: Tidak berpuas hati dengan pelantikan kabinet, Umno membuat enam tuntutan terhadap kerajaan PN. Perkara ini berlaku selepas beberapa ahli Parlimen Umno, termasuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said berkata di media sosial, Umno berhak mendapat perjanjian seimbang.

Kabinet Muhyiddin tidak ada jawatan timbalan perdana menteri, tetapi mengangkat empat ahli Parlimen sebagai menteri kanan - dua Bersatu, manakala Umno dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing satu. Portfolio kabinet pertama Muhyiddin juga dikuasai Bersatu walaupun parti itu paling kecil dalam PN.

23 September 2020: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata para ahli Parlimen Umno bebas menyokong Anwar Ibrahim jika mahu selepas Anwar memberitahu wartawan kerajaan Muhyiddin telah jatuh. – 7 Julai, 2021.


WOIT

CERITA BELUM

TAMAT LAGI

AMIN

KEDAI BELUM

TUTUP

AMIN

LIHAT DAN TUNGGU

KHALAS



Tiada ulasan: