PARA YB
MUSTAHIL TAK
SEDAR
KAH KAH KAH
TANYA KU LI
KAH KAH KAH
DULU MASA
TANDA TANGAN
DEKLARASI RAKYAT
KU LI PUN
TAK MUNCUL
KAH KAH KAH
KU LI SAKIT PERUT
KAH KAH KAH
Mana Perdana Menteri, tanya ahli Parlimen
PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin tidak muncul di Dewan Rakyat petang ini untuk menjawab pelbagai perkara yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen selepas beliau memberi penerangan mengenai pelan pemulihan negara keluar daripada Covid-19 pagi tadi.
Tugas menggulung dan menjawab persoalan daripada lebih 20 ahli Parlimen sebaliknya dipikul oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz selaku menteri penyelaras pelan pemulihan negara
“Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen apabila persoalan substantif mengenai Darurat dijawab oleh menteri kewangan,” kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim, ketika mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memaksa Muhyiddin hadir menjawab.
“Tuan Speaker, ini tanggungjawab Tuan Speaker untuk panggil perdana menteri dan jawab. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya timbalan perdana menteri,” tambah ahli Parlimen Port Dickson.
Namun Azhar tidak berganjak biarpun kemudiannya turut didesak oleh beberapa ahli Parlimen lain antaranya Gobind Singh Deo (Puchong-PH), Khalid Samad (Shah Alam-PH), RSN Rayer (Puchong-PH), Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor-PH) dan Lim Guan Eng (Bagan-PH).
Beliau meminta Zafrul untuk meneruskan penggulungan.
Gobind bagaimanapun terus bertanya kenapa Muhyiddin tidak menjawab dan menyerahkan kepada menteri lain untuk menjawab bagi pihak kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (Bera-BN) lalu bangun dan menjelaskan Zafrul menjawab bagi pihak kerajaan kerana beliau menteri penyelaras pelan pemulihan negara.
“Ini sesi pelan pemulihan negara. Itu tadi yang bercakap pasal darurat, lari topik,” kata Ismail.
Lim menjelaskan pihak pembangkang membangkitkan isu darurat hanya kerana menteri undang-undang Takiyuddin Hassan awal hari ini mengumumkan ordinan darurat sudah ditarik balik pada 21 Julai.
Pihak kerajaan dan Azhar bagaimanapun tidak berganjak, membuka jalan kepada Zafrul untuk meneruskan sesi.
Zafrul meneruskan penggulungannya, dan Rayer didengar bertanya: “Mana perdana menteri?” – 26 Julai, 2021.
1 ulasan:
Boleh tambah satu gelaran lagi kan?
Aritu semua panggil Pintu Belakang.
Yang tak dapat jawatan menteri panggil Tebuk Lubang.
Puak ini kemudian kena tibai sebagai Pelacur.
Pintu Belakang takut turun padang tapi suka buat siaran perutusan, terus dapat
gelaran Perutusan.
Pastu dia umum darurat,maka dapat gelaran Darurat.
Pastu tetiba cirit birit, dapat pula gelaran Cirit.
Pastu tak berani jawab soalan dengan ponteng Dari dewan.
Nak panggil apa sekarang? Pengecut OK tak ?
Apamacam kalau panggil Kaki ponteng
Catat Ulasan