PELIK
LAGI HAIRAN
AMIN
WAT IS DEBIKOS
KAH KAH KAH
ENTOT SENYAP
KAH KAH KAH
KUNTUT
TAK TAK MUNYI
KAH KAH KAH
Putrajaya perlu terangkan kenapa tak umum batal ordinan darurat, kata ahli Umno
PUTRAJAYA perlu jelaskan kenapa tidak umumkan pembatalan enam ordinan darurat pada 21 Julai lalu, kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.
Beliau berkata keputusan senyap itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan kesan perundangannya.
“Mengapa tiada langsung pengumuman sebelum ini? Benar, Parlimen merupakan medan terbaik untuk membahaskan isu-isu dasar berkepentingan negara tetapi untuk suatu keputusan besar seperti pembatalan darurat, mengapa tiada pemakluman awal kepada umum?
“Bermakna, selama lima hari rakyat tidak diberitahu undang-undang dan sistem apa yang beroperasi dalam negara.
“Bagaimana kesahihan segala tindakan selama 5 hari ini baik kompaun, denda dan lain-lain perihal pentadbiran negara yang berlandaskan andaian bahawa undang-undang darurat masih terpakai?: katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Shahril berkata Umno jelas mahu bahas dan batalkan ordinan darurat di Parlimen.
“Adakah mengelak prosedur perbahasan ini menjadi sebab pembatalan dibuat awal?” soalnya.
Pagi ini, menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengumumkan kepada Dewan Rakyat Putrajaya telah batalkan enam ordinan darurat dan tidak akan disambung selepas 1 Ogos ini.
Shahril mendakwa semua keputusan besar oleh kerajaan termasuk mengadakan sidang khas Parlimen dibuat selepas didesak ramai pihak termasuk Umno.
Selepas didesak, katanya, barulah tindakan diambil namun dengan sikap tergesa-gesa.
Dalam satu hantaran lain, ahli veteran Umno dan bekas ahli Parlimen Johor Bahru Shahrir Samad meluahkan kekesalan kerana menteri dalam kerajaan tidak mengumumkan pembatalan ordinan darurat lebih awal.
Katanya, bila mereka dilantik ke jawatan tinggi kerajaan mereka minta restu parti, tetapi bila keputusan penting seperti hari ini diumumkan, mereka tidak beritahu kepada pemimpin parti. – 26 Julai, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan