Ahad, 18 Julai 2021

POLITIKUS PUNCA NEGARA KACAU BILAU

 

SAHEH

POLITIKUS PUNCA

NEGARA 

KACAU BILAU 

AMIN 

HAPUSKAN

POLITIKUS

SELAMATKAN

MALAYSIA

KHALAS




Dr Noor Hisham bak ‘harimau tak bertaring’, kata bekas KP kesihatan 

KETUA pengarah kesihatan bak “harimau tak bertaring” kerana tiada siapa mendengar nasihatnya tentang cara menguruskan pandemik Covid-19, kata bekas ketua pengarah kesihatan Dr Mohamed Ismail Merican.

Katanya, Dr Noor Hisham sepatutnya bertegas dan tidak membenarkan sebarang perhimpunan sosial diadakan ketika negara sedang berdepan krisis kesihatan awam.

“Cukup-cukuplah dengan sembahyang (berjemaah) di masjid dan surau, beraya dan bazar Ramadan. Bagi saya itu tidak bertanggungjawab.

“Jika saya KP, saya akan kata tidak, tak perlu semua benda ini,” katanya pada satu forum dalam talian dipengerusikan Wong Chun Wai, penasihat Kumpulan The Star Media.  

Katanya, Noor Hisham patut lebih tegas dalam keputusannya tetapi nampaknya beliau kelihatan ditekan politikus untuk membuat keputusan populis.

“Ketika saya KP, apa sahaja saya kata boleh dibuat sebab perdana menteri sokong saya. Sekarang KP kesihatan nampak seperti harimau tak bertaring dan tak ada siapa dengar cakapnya, dia boleh hentak meja kuat mana pun dia suka (tiada siapa peduli).”

Ismail yang bersara pada 2011 adalah individu bertanggungjawab mengemudi Malaysia ketika meledaknya wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) pada 2003 dengan menggariskan beberapa strategi menekankan kerjasama dan penyelarasan antara pihak berkaitan untuk mengekang penularan wabak di negara ini.

Tambahnya, beliau juga berdepan cubaan campur tangan politikus ketika mengendalikan wabak SARS, tetapi beliau meminta politikus “diam”.

“Ikut pengalaman, saya memang beritahu semua ahli politik supaya diam. Satu-satunya orang yang boleh bercakap tentang keputusan dasar ialah menteri kesihatan. Perkara teknikal saya akan uruskan.

“Saya memang akan maklumkan menteri tentang apa yang berlaku,” katanya.

Ismail berkata tindakan itu perlu dibuat bagi memastikan negara dapat keluar daripada krisis dan wabak berjaya dikekang.

“Kita perlu tegas dengan prosedur operasi standard untuk semua orang. Tak ada Ramadan, tak ada beraya-raya, tak ada pelawat, tak ada rentas negeri, tak ada himpunan sosial, tak boleh makan dalam kedai, semua tidak boleh untuk tempoh tertentu sahaja. Ia bukan untuk selama-lamanya.”
.
Ini bukanlah kali pertama Ismail secara terbuka bercakap tentang pengurusan wabak di Malaysia, katanya adalah “tidak bertanggungjawab” untuknya berdiam diri berdasarkan situasi semasa yang kian meruncing.

“Sebabnya jelas, sistem kesihatan sedang runtuh. Saya terima banyak panggilan dari pakar, bekas pengarah hospital dan sebagainya untuk buat sesuatu.

“Mereka tahu cara saya bekerja dan benda buruk saya kata buruk, tetapi saya tahu bila untuk tidak jadi terlalu agresif. Kes makin memuncak. Adalah tidak bertanggungjawab kalau saya tak kata apa-apa.” – 17 Julai, 2021.


POLITIKUS

YANG BAIK

HANYALAH

POLITIKUS YANG

SUDAH MATI

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak "hapus" politikus dari medan pentadbiran kerajaan, rayu DYMM ambilalih kuasa sementara.