RAKYAT MARAH
AMIN
BOLEH KAH
MUHYIDIN SELAMAT
AMIN
BOLEH !!!
KHALAS
APA CARA ?
AMIN
Kenapa rakyat marah Putrajaya
MEMANG terang lagi bersuluh rakyat tengah marah.
Jelas sekali ia disebabkan kerajaan gagal mengawal situasi Covid-19 sehinggakan ramai kebuluran dan bunuh diri, kata aktivis dan penganalisis politik.
Ramai hilang kerja, dan ramai pula terpaksa meminta-minta makanan.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan darurat yang gagal, ditambah lagi sikap pilih kasih menteri dan ahli Parlimen yang terang-terangan melanggar prosedur operasi standard (SOP) tetapi tidak dikenakan tindakan sedangkan rakyat biasa didenda, dihukum.
Penganalisis berkata inisiatif “Bendera Putih” dan “Code Black” adalah tindakan terdesak rakyat untuk meluahkan kesusahan dan melepaskan amarah mereka kepada Putrajaya.
Iswardy Morni, aktivis yang juga salah seorang pengasas gerakan bendera putih, memberitahu The Malaysian Insight rakyat menyuarakan rasa tidak selesa dan marah mereka terhadap kerajaan kerana sudah penat menanggung beban.
“Kita marah sebab kita sudah tak larat. Sudah lebih setahun, kenapa kita masih tidak tahu (cara tangani pandemik)?
“Kalau anda tidak layak untuk memimpin, anda perlu sedar diri dan mengaku silap, serahkan (kuasa) kepada orang lain.
“Undur saja jika anda tidak lagi dapat buat kerja. Ini (berada dalam pemerintahan) bukan hak istimewa, kamu tidak diundi oleh rakyat. Kenapa kamu tidak boleh mengaku kamu buat kerja yang teruk?.” kata Iswardy.
Katanya, keadaan di negara ini bertambah buruk walaupun pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sekatan dibuat.
Semalam, Malaysia mencatatkan 6,988 kes jangkitan baharu Covid-19, sebulan selepas negara dikenakan PKP Penuh.
“Bila PKP mula tahun lepas, keadaan masih terkawal tetapi kes naik selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.
“Sekarang selepas tiga PKP dan dua sekatan pergerakan, kita masih melaporkan lebih 6,000 kes setiap hari walaupun program imunisasi kebangsaan dan PKP Penuh,” katanya
Iswardy berkata hakikat rakyat terpaksa meminta makanan malah ada yang bunuh diri, menunjukkan mereka sudah hilang punca.
“Ini buat saya marah sebab rakyat sudah di tahap itu, negara ini sudah di landasan salah. Ini menunjukkan rakyat tidak dapat lihat jalan keluar yang lain.”
Data dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman semalam menunjukkan peningkatan ketara kes bunuh diri, dengan 609 kes dilaporkan pada 2019, 631 pada 2020 dan 468 dari Januari hingga Mei tahun ini saja.
Jika rakyat tidak tunjukkan rasa tidak senang mereka sekarang, mungkin kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan lanjutkan lagi darurat yang sepatutunya tamat 1 Ogos ini, kata Iswardy.
Katanya, perkara paling penting yang harus dibuat kerajaan sekarang adalah memutuskan rangkaian jangkitan yang kebanyakannya berpunca daripada industri dan kilang yang dibenarkan beroperasi di bawah PKP Penuh “setengah masak” ini.
Penganalisis politik Oh Ei Sun berkata pergerakan seperti bendera putih menunjukkan rakyat Malaysia terdesak kerana ramai hilang punca rezeki ketika PKP.
“Apa lagi yang dapat mereka buat selain minta tolong?
“Ini menunjukkan fakta kerajaan tidak dapat jaga kebajikan rakyat yang benar-benar memerlukan, terutama golongan B40 sehingga mereka terpaksa buat isyarat untuk minta bantuan,” kata Oh kepada The Malaysian Insight.
Gerakan bendera putih dimulakan oleh pengguna media sosial menggesa mereka yang memerlukan bantuan ketika PKP untuk mengibarkan bendera putih di luar rumah mereka bagi memudahkan pihak lain menghulurkan bantuan apabila ternampak bendera itu.
Oh berkata pergerakan Code Black oleh doktor kontrak yang tidak puas hati adalah masalah lama yang kini muncul kerana beban kerja meningkat dihadapi pekerja kesihatan.
“Adalah fakta bahawa doktor kontrak tidak dilantik ke jawatan tetap dan mereka tidak ada prospek kerjaya, ini sudah lama berlangsung.
“Cuma sekarang dalam masa yang sangat kritikal, ramai antara mereka ditugaskan dengan beban lebih dan tidak dapat memikulnya lagi.
“Ini adalah masalah lama dan kerajaan patut selesaikan terutama semasa darurat kesihatan ini.
“Anda tidak boleh selesaikan dengan menghukum mereka, kerana jika anda hukum mereka, tidak ada doktor untuk bantu kawal pandemik,” katanya.
Kempen Code Black dilancarkan kumpulan perubatan sebagai tanda protes terhadap sistem pegawai perubatan kontrak yang tidak adil. Ia akan berlangsung dari 1 Julai dan berakhir dengan “Black Monday” pada 12 Julai.
Oh berkata tanda pagar seperti #PMcirit, #KerajaanCirit dan #KerajaanGagal, ditujukan kepada Muhyiddin yang dimasukkan ke hospital pada Rabu kerana cirit-birit, menunjukkan rakyat sudah muak dengan kerajaan ini.
Profesor Sharifah Munirah, pensyarah kajian strategik dan hubungan antarabangsa di Universiti Kebangsaaan Malaysia berkata kemarahan rakyat Malaysia terhadap perdana menteri sudah melampaui rasa tidak hormat. – 2 Julai, 2021.
2 ulasan:
Selagi Geng Banduan ni bebas selagi tu kito di lando kovid. Lopeh kovid apo lagi ..pocayo lah ckp den ..tak cayo lu cubo try JEL Najeeb, Zaheed, Azeez, Tueekui, Eejad, Rosmah ..kompom isok kovid turon dari 6,7000ekor sari kopado 6,7ekor jo ..Allahhuakbar.
Lantak la Middin
Orang suruh ko masukkan tim banduan dalam penjara cepat
ko lambat-lambat kan pi buat kerja lain
skrg UMNO nak tarik diri dari kerajaan PN
ko nak pegi kt abam guan eng mat sabu plak ke
kah kah kah
Catat Ulasan