Isnin, 19 Julai 2021

TAK ADA UNDI TAK PERCAYA ?

 

 WOIT

DATUK SERI

PASAI APA

TAKDA UNDI

TAK CAYA

KAH KAH KAH

INI PELUANG

 TERBAIK

KAH KAH KAH

SEMUA DAH

SIAP SEDIA

KAH KAH KAH

DATUK SERI

JADI PM BARU

KAH KAH KAH



Buka ruang perbahasan, Anwar jamin tiada usul undi tidak percaya kepada PM

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) memberi jaminan tidak ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada persidangan khas Parlimen 26 Julai ini.

Justeru, dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghentikan pencabulan institusi demokrasi negara berikutan tidak membenarkan sesi perbahasan sepanjang sidang empat hari itu.

Kata beliau, tindakan kerajaan itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita beri amaran keras kepada kerajaan PH. Hentikan pencabulan institusi demokrasi. Tindakan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Berikan peluang kami berbahas. Saya beri jaminan tidak ada usul undi tidak percaya terhadap  Muhyiddin Yassin kerana kita mahu tumpukan kepada permasalahan rakyat berikutan krisis Covid-19 dan kemelesatan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama yang turut ditandatangani Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Anwar yang juga Presiden PKR, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 17 Jun lalu telah menzahirkan titah pandangan baginda bahawa sidang Parlimen perlu diadakan segera supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat membahaskan Ordinan-ordinan Darurat, Pelan Pemulihan Negara dan perbelanjaan berkaitan pandemik COVID-19.

Kata beliau, YDPA juga telah menitahkan pandangan yang sama pada 24 Februari dan 29 Jun lalu.

“Titah pandangan Seri Paduka Baginda senada dengan aspirasi rakyat yang mahu pengakhiran kemelut wabak pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi dihadapi negara ketika ini.

“Demi menjunjung titah pandangan Tuanku ini, saya selaku Ketua Pembangkang telah menghantar usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 12 Julai lalu untuk membahaskan perkara yang digesa Tuanku.

“Malangnya, kenyataan media Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 15 Julai menyatakan persidangan Dewan Rakyat 26 Julai hingga 2 Ogos ini hanyalah satu persidangan khas bagi mendengar penerangan atau ceramah Menteri-Menteri tanpa sebarang perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen,” ujar beliau.

Oleh itu, tegas beliau, PH mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan kerajaan PN agar tidak derhaka terhadap titah pandangan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, mereka sepatutnya membuka ruang perbahasan serta diputuskan bagi membolehkan Parlimen berfungsi semula secara normal dan Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh menunaikan tanggungjawab mereka membela hak rakyat. – 

 

MAT SONGEL

JADI MAT AUTA

JADI MAT PUTAR

KAH KAH KAH

YA ASAL

BALIK USUL

KAH KAH KAH 

KHALAS



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jidin dah hulur 300 k setiap parlimenb bagi bakul makan suppose rm 100 tapi hujung jadi rm 50, biasa lah kan projek kroni selalu, ada saja untung kematian kesusahan orang kah kah

Tanpa Nama berkata...

pangsaui lhu pangsai like that thuuuueh