Jumaat, 16 Julai 2021

TOK SARJAN RASUAH 1000 RINGGIT - KENA 8 TAHUN


TOK SARJAN

RASUAH HANYA

1000 RINGGIT

KENA PENJARA

8 TAHUN

AMIN

KU NAN RASUAH

BERAPA JUTA ?

AMIN



RASUAH: SARJAN POLIS DIPENJARA EMPAT TAHUN



SHAH ALAM, 19 Julai – Seorang sarjan polis dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan memperoleh rasuah RM1,000 sebagai dorongan untuk menyelesaikan satu kes dadah.

Mohd Faridzuddin Hamzah, 26, bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara empat tahun berkuat kuasa hari ini setelah Hakim Asmadi Hussin memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Asmadi turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika dia bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, iaitu menerima rasuah RM500 pada 8.15 malam, 5 Mac 2014 di IPD berkenaan dan menerima suapan RM500 pada 9.20 malam di sebuah restoran di Sri Petaling dekat sini, pada 1 April 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Asmadi melepas dan membebaskan tertuduh daripada satu lagi pertuduhan memperoleh rasuah RM500 daripada seorang individu bagi tujuan sama atas alasan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Terdahulu, peguam Salim Bashir yang mewakili Mohd Faridzuddin memohon mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara ke atas anak guamnya atas alasan terdapat isu undang-undang dalam kes itu yang perlu dihujahkan.

Asmadi membenarkan permohonan itu dengan syarat tertuduh menjelaskan bayaran denda RM20,000 dan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan. Beliau juga memerintahkan tertuduh memfailkan notis rayuan selewat-lewatnya Jumaat ini dan menaikkan wang jaminan daripada RM8,000 ke RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohammed Heikal Ismail.
BERNAMA


SAJE TANYA

KERANA 

PELIK TETAPI

BENAR

AMIN

BENAR TETAPI

PELIK

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kemnterian Pendidikan bole buat silibus baru ajar bdak2, 'cara2 mngambil rasuah tnpa tindakan undang2'.. Yg da tua bangka rajin2 la gi kursus kt surau/msjid,dgr lebai dr parti sana ajar cmne rasuah d sudut syariah dr haram jd makruh, sunat serta dijamin halal.. Amin!

panglimo potaseh berkata...

Pelik mmg pelik ..mungkin tu nasib sarjen tu ..mungkin hokom tukar balai dah tak de ..kihkihkih. Kalau sarjen tu pokok musang king dah tentu kono panchong batang dio sobab nonggok caro haram kek rizab utan simpan ..kahkahkah ..

Makannasi berkata...

Dia ni la that you endorsed masa kat sheraton dulu kan...
Kikikiki...

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya rasuah dibenarkan oleh allah. Tiada hukuman. Bebas. Dengan syarat mesti rasuah berjuto juto. Ada korang tengok perasuah hidup susah? Bebas je elok kesana kemareyyy.hahaha