BERITA INI
DITUJUKAN
KHAS UNTUK
MAT SABU
DAN
GUAN ENG
AMIN
APAKAH MEREKA
TELAH BERSEDIA
AMIN
Pembangkang akan lebih gigih hadapi PRU15, kata Anwar
PELANTIKAN Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan merupakan cabaran bagi pembangkang untuk berusaha lebih gigih menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama, Anwar selaku ketua pembangkang, menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pelantikan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno semalam.
“Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.
“Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Covid-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.
“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada PRU yang lalu,” katanya dalam kenyataan.
Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri kesembilan selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan semalam berkata perkenan itu berdasarkan surat akuan yang diterima daripada 114 ahli Dewan Rakyat pada 18 Ogos membolehkan Ismail mendapat majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Pelantikan Ismail Sabri itu bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang terpaksa meletak jawatan pada Isnin lalu selepas selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen.
Ismail Sabri, 61, dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara, 2.30 petang ini. – 21 Ogos, 2021.
3 ulasan:
Saya putar Halim!!!!!! KAH KAH KAH KAH KAH
Isham dan papagomo bersaudara... Sehari tak sebut nama Anwar hidup tak tenteram... Pergi la solat sana, cari amalan... Tak cukup lagi ke covid ni sebagai peringatan... Nak tunggu Imam Mahdi takut ko tak sempat...
Kene tanya mat sabu dgn apek Lim mende depa isap,what are they smoked at PH meeting.ke pasei Anwar bg depa isap kote dia? kahkahkahkah
Catat Ulasan