Sabtu, 28 Ogos 2021

BERKHALWAT HARI KE 529

 



KHALWAT KE 528


SABTU  28/8/2021
KITA  MASUK KE HARI 529
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA MASIH NAIK
NAIK NAIK NAIK
MENAKUTKAN

POLITIK
KAH KAH KAH
KABINET BARU
DIUMUMKAN
TAK BANYAK BERUBAH
PAK LEBAI MASIH
MENTERI ALAM SEKITAR
KAH KAH KAH
AMIN

PAGI INI HOKKEIN
CERAH BASAH DAN SEGAR
MALAM TADI ANGIN DAN UJAN
PAGI INI DAUN DAUN
BERTABURAN DI JALAN
PASU BUNGA TERJATUH

PAGI  INI
PAGI YANG INDAH

MATA HARI DAH KELUAR
SINAR MASIH LEMBUT
AWAN BIRU BERTABURAN
AWAN PUTIH JUGA KELIHATAN
AWAN KELABU TAK NAMPAK
PANAS YANG MENJANJIKAN

DI LORONG  DIJALAN
DALAM RUMPUT
  SIMPONI CENGKERIK
BERLAGU
PASTILAH GEMBIRA
 MENYAMBUT BASAH

JANTAN BERKOKOK
PIPIT BERSUARA 
TAPI 
TAK KELIHATAN  
DALAM PADANG RUMPUT

SAEKOR BALAM
DUDUK MENCARI CACING
DI JALAN
BILA DIHAMPIRI
TERUS TERBANG

AH!
PAGI SABTU 
YANG INDAH

BRO
SENYUMLAH
DI PAGI INI

BRO
RISAU INI DILIHAT PERLU
TAPI RISAU TAK ADA
APA GUNANYA

BRO
KIRA UMUR LU
DENGAN JUMLAH KAWAN
BUKAN JUMLAH TAHUN
KIRA HIDUP LU
DENGAN SENYUMAN
BUKAN DENGAN TANGISAN

MEMAHAMI LEBIH  BAIK
DARI MENGETAHUI
RAMAI TAHU 
TAPI TAK RAMAI
YANG FAHAM

BRO
SEMUANYA
SEMENTARA
KITA HANYA
BERTRANSIT DI SINI

PEKARA YANG
PALING INDAH DALAM DUNIA INI
TAK DAPAT DILIHAT
TAK DAPAT DI PEGANG
IANYA WAJIB DIRASA
OLEH HATI

CARA TERBAIK
UNTUK MENGELAK MUSUH
IALAH SAYANGI DIA

BRO
BILA KITA TERLIHAT
SATU YANG INDAH 
PADA SESEORANG
NYATAKAN SERTA MERTA
IANYA HANYA
MEMERLUKAN BEBERPA MINIT
TAPI
UNTUK SOSOK ITU
IANYA AKAN BERKEKALAN
SEPANJANG HIDUP

GURU KEHIDUPAN  
YANG TERBAIK
MENGAJAR  KITA 
DALAM MASA KITA SUSAH
ATAU
KETIKA KITA
MEMBUAT SILAP BESAR

PENGHORMATAN DI ANUGERAH
JUJUR DIPERCAYAI
PERCAYA DIHIMPUN
KESETIAAN DIPULANGKAN KEMBALI

HIDUP DAN MASA
ADALAH GURU KITA
HIDUP MENGAJAR KITA
CARA TERBAIK MENGGUNAKAN MASA
MASA MENGAJAR KITA
TENTANG NILAI HIDUP

SETIAP  ORANG
ADA KAWAN
BERTUKAR GANTI
DARI MASA KE MASA
SOSOK BAHAGIA
MEMILIKI KAWAN YANG SAMA
 SEPANJANG MASA

BRO
TANGAN YANG KUAT PUN
AKAN RETAK
MINDA YANG CERAH PUN
AKAN KELABU
HATI YANG SUCI PUN
AKAN TERGURIS
JADI MARILAH KITA
SENTIASA BAIK HATI

GAGAHKAN DIRI
UNTUK BERSUARA
BERANIKAN HATI
UNTUK MENDENGAR
KUATKAN DIRI
UNTUK HIDUP  YANG DIIMPIKAN

KAWAN
IALAH SOSOK
YANG PALING BERNILAI
UNTUK DIMILIKI
KAWAN ADALAH
SOSOK TERBAIK
UNTUK KITA MENJADI

BRO
TEMPAT YANG PALING
BAIK UNTUK KITA BERADA
DALAM DUNIA INI 
IALAH
DALAM MINDA SESEOARNG
DALAM  DOA SESEOARNG
DAN
DALAM HATI SESEORANG

BRO
KAWAN YANG BAIK INI
MACAM BINTANG
KADANG KALA TAK KELIHATAN
TAPI DIA SENTIASA
ADA DISANA

BILA KITA
SAYANG PADA APA
YANG KITA ADA
MAKA KITA
SUDAH ADA SEMUA  
YANG KITA PERLU

BRO
HIDUP INI
BUKAN NAK
LIHAT SATU YANG INDAH
TAPI
NAK MEMBUAT KEINDAHAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: