Selasa, 31 Ogos 2021

BERKHALWAT HARI KE 532

 




KHALWAT KE 532


SELASA  31/8/2021
KITA MASUK KE HARI 532
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA TURUN SIKIT
SEDIKIT SAJA
MASIH MENAKUTKAN
AMIN

HARI INI CUTI
RAMAI TIDO 
MENINGGI HARI
AMIN

POLITIK
MASIH TAK MENENTU
RAMAI
YB DAN AHLI  GEROMBOLAN
TAK PUAS HATI
DENGAN SABRI

APA YANG AKAN MEREKA
LAKUKAN ?

JUAL ATAU BELI
 KUIH PAU?
KEDUDUKAN SABRI
MENJADIKAN KUIH PAU
SATU PERNIAGAAN
YANG AMAT LUMAYAN

BUKAN SAJA YB GEROMBOLAN
YB PEMBANGKANG PUN
BOLEH NIAGA
KUIH PAU
KAH KAH KAH
AMIN

PAGI INI HOKKIEN
SEGAR DAN BASAH
MATA HARI  TERSELIT
DI BELAKANG AWAN
KELMARIN UJAN
TAK LEBAT TAPI MEMBASAHKAN

JANTAN LAWAN BERLAWAN
KOKOK DI BUKIT
KOKOK DI GAUNG
PIPIT BERTABURAN
TERKUKUR BERSYUKUR

SIMPONI CENGEKRIK
TAK PUTUS PUTUS

HA HA
KENG KENG
MELAUNG
SATU HOKKIEN BOLEH DENGAR
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM

MENGENALI ORANG LAIN
IALAH PANDAI
MENGENAL DIRI SENDIRI
IALAH BIJAKSANA
MENGAWAL ORANG LAIN
IALAH  GAGAH
MENGAWAL DIRI SENDIRI
IALAH GAGAH PERKASA

SOSOK YANG  ADA
KEKUTAN LUARAN 
AKAN BERANI  MATI
SOSOK YANG ADA
KEKUATAN DALAMAN
AKAN BERANI HIDUP

PEMIMPIN YANG TERBAIK
TIDAK TONJOL DIRI
CAKAP TAK BANYAK
BILA TUGAS SELESAI
DIA AKAN BERKATA
SEMUA INI KERJA KITA BERSAMA

BRO
JIKA LU NAK TAHU
APA HAD BENDA ITU
LU BERAHIKAN BENDA ITU

JIKA KITA SEDAR
SEMUA BOLEH BERUBAH
TAKDA APA YANG
KITA NAK IKAT DIRI KITA
JIKA KITA TAK TAKUT MATI
APA SAJA BOLEH DICAPAI

SEMUA AIR DIBUKIT
MENGALIR KE  BAWAH
JIKA NAK MENTADBIR
ORANG RAMAI
RENDAHKAN DIRI
JIKA NAK MEMIMPIN
ORANG RAMAI BELAJAR
ARUS MEREKA

BRO
JIKA LU PUAS
 DENGAN APA YANG LU ADA
MAKNAYA LU DAH KAYA

JIKA LU TAK HILANG TUJUAN
MAKNANYA LU ABADI
 BERTERUSAN

BILA KITA
BUKA HATI KITA
MAKA KITA AKAN DITERIMA
KITA MEMBUAT BUKAN MEMILIK
KITA MEMBERI BUKAN MEMINTA

KAWALAN 
TANPA KUASA
ITULAH CINTA SEJATI

MAKIN JAUH PERJALANAN
MAKIN KURANG
 APA YANG KITA TAHU

BILA KITA
TAK ADA KEBERAHIAN
MAKA SEMUANYA 
AKAN TENTERAM

KATA YANG BENAR
BUKAN DENGAN AYAT INDAH
AYAT INDAH TAK SEMESTINYA BENAR

LAGI BANYAK
KITA BERI KHIDMAT PADA ORANG
LAGI BAHAGIA KEHIDUPAN
LAGI BANYAK BERSEDEKAH
LAGI KAYA DIRI

PENGEMBARA YANG BIJAK
BERJALAN TANPA RANCANGAN
TIDAK PENTING UNTUK SAMPAI


BRO
JATUH CINTA INI
BUKAN EMOSI
JATUH CINTA 
IALAH MEMBUAT KEPUTUSAN
AMIN

LAKUKAN  SEKARANG
LAKUAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: