Selasa, 17 Ogos 2021

MACAM JURU CAKAP AGONG PULAK

 


PRINCE CHARLES

ADA  JEMPUT

  SENATOR YUMADI

KE ISTANA 

BUCKINGHAM

UNTUK JAMUAN  

MAKAN MALAM

AMIN

LU TAK CAYA

LU TANYA 

PRINCE CHARLES

SENDIRI

KHALAS 




Agong titah nasihat suasana politik baharu, kata Anwar

PEMIMPIN parti politik yang dipanggil mengadap ke Istana Negara hari ini mencapai persefahaman ke arah “hala tuju baharu” yang akan membentuk suatu lanskap baharu politik, kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Beliau menyebut bentuk politik yang membangun dan bukannya menghukum, seperti titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada ketua dan wakil parti politik yang mengadap di Istana Negara.

“Isunya bukan saja pelantikan seorang perdana menteri baharu tetapi lebih penting, seperti yang ditekankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, untuk menggagas suatu bentuk politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat” katanya kepada pemberita di luar Istana Negara, petang tadi.

Presiden PKR bertemu pemberita bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu selesai majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Majlis turut disertai ketua dan wakil parti politik termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, serta Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili presiden Abdul Hadi Awang.

The Malaysian Insight difahamkan Bersatu diwakili setiausaha agungnya Hamzah Zainuddin sementara Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg menyertai mesyuarat secara sidang video.

Majlis mengadap berlangsung ketika 220 ahli parlimen diberi masa sehingga 4 petang esok untuk menamakan perdana menteri pilihan mereka melalui surat akuan kepada Yang di Pertuan Agong

Titah nasihat

Anwar memaklumkan Al-Sultan Abdullah memulakan majlis dengan menasihati mereka tentang pentingnya semua pihak bersatu menghadapi Covid-19 dan kesan ekonominya.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah perdana menteri baharu akan dipilih mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan tetapi pada masa sama politik mesti berubah.

“Yang menang jangan jadi seperti pernah berlaku ‘memakan’ yang kalah,” katanya, merumuskan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Anwar, semua pemimpin parti yang hadir nampak mempunyai konsensus untuk menghentikan politik cara lama dan membina politik baharu yang lebih membangun.

Majlis difahamkan berlangsung serentak dan bukannya berasingan seperti majlis mengadap pada Jun lalu dan ketika kemelut pembentukan kerajaan selepas pentadbiran Pakatan Harapan runtuh pada hujung Februari 2020. – 17 Ogos, 2021.


SENATOR

YUSMADI JUGA

DAPAT PANGGILAN

DARI OBAMA

AMIN

YUSMADI DIAJAK

MAIN GOLF

AMIN

LU TAK CAYA

LU GI TANYA

OBAMA

KAH KAH KAH 



3 ulasan:

cikminah berkata...

Don't count your chicken before they are hatched tapi Anwar dan machai-machainya bukan je dah mengira bahkan dan mula memikirkan nak masak apa ayam-ayam tu bila dah cukup besar. Semua dah berkompang, bergendang dan menari romba. Malunya kalau telor-telor itu rupanya semua tembelang!!!!

capt salai berkata...

Belum apa apa dah cakap yg menang jangan makan yg kalah..macam nak lepaskan buaya buaya tu je..nak umpan la tu..

Tanpa Nama berkata...

sejak bila malaon MP PD ni jadi jurucakap Agong?
sampah di pantai PD dah habis kutip? baju kuning jangan lupa pakai.
juga master plan apa cerita? daripada muda sampai ke tua membohong temberang sudah jadi
darah daging.