DARI MUHYIDIN
JADI MAHIADIN
KAH KAH KAH
PASAI APA
TUNGGU SEPTEMBER
KAH KAH KAH
APA RAHSIA
BULAN ITU
KAH KAH KAH
Mustahil Muhyiddin ada sokongan majoriti, kata pembangkang
MUSTAHIL Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih mempunyai majoriti selepas beberapa ahli Parlimen dalam kerajaan semalam umum menarik balik sokongan terhadapnya, kata pembangkang.
Muhyiddin dan seluruh kabinetnya juga perlu meletak jawatan segera, tegas Pakatan Harapan (PH) bersama empat ahli Parlimen pembangkang dalam satu kenyataan bersama hari ini.
“Adalah mustahil Tan Sri Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah ahli Parlimen kerajaan semalam.
“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” kata mereka.
Kenyataan ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagi pihak PH; dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau, dua Ahli Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu iaitu Baru Bian dan Masir Kujat; serta Maszlee Malik (Bebas).
Terdahulu, dalam perutusan khasnya yang disiarkan langsung tengah hari tadi, Muhyiddin berkata beliau masih ada sokongan yang cukup, untuk menerajui kerajaan.
Keabsahan beliau sebagai perdana menteri akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada September ini, tambahnya.
Muhyiddin hari ini dititah mengadap Al-Sultan Abdullah pada 11 pagi tadi.
Pada majlis mengadap itu, Muhyiddin menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat berdasarkan sejumlah surat akuan yang mereka beri kepadanya.
“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya.
Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri jadi persoalan selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan pihaknya sudah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong surat akuan “yang mencukupi angka” untuk menarik sokongan mereka.
Susulan pengumuman Zahid itu, Muhyiddin dipercayai hanya mempunyai sokongan 104 daripada 220 anggota Dewan Rakyat.
Presiden Bersatu itu dilantik jadi perdana menteri pada Mac tahun lalu, selepas kerajaan PH tumbang pada Februari 2020. – 4 Ogos, 2021.
2 ulasan:
Ada orang kata Atok Kutty now is the 'King maker'.
Atok Kutty and his gang ada 15MP - Pejuang 5MP+WARISAN 8MP+Opco 1MP+Muda 1MP. Agak-agak, Atok Kutty & his gang of MPs nak soking team mana...????
* kluster mahkamah....?
* bekas banduan peliwat...?
* kluster pengkhianat....?
Antara penjenayah, peliwat dan pengkhianat, yg mana lebih memudaratkan bangsa, agama dan tanahair....?
Selagi pm tak letak jawatan.. Sampai mampus meroyan la takkan ubah apa2. Tu la sistem undang2nya. Najib masa bergasak enjoi kantoi duit bila disuruh letak jawatan pon dia buat dek je. Kahkahkahkah.
Pak lah jatuh sebab dia dtg mengadap letak kawatan. Tak tahan lena asak. Kalau dia buat tak tahu pun.. Dia akan kekal jadi piyem. Ni sifir mudah.kahkah
Catat Ulasan