Sabtu, 21 Ogos 2021

MUHYIDIN BUAT LANGKAH SYARATTON

 

 MUHYIDIN

BUAT LANGKAH

SYARATTON

AMIN

APAKAH  YG GILA

JAWATAN AKAN

TERIMA

KHALAS



Muhyiddin mahu Bersatu tolak semua jawatan Kabinet, kata sumber

MUHYIDDIN Yassin mahu Bersatu menolak semua jawatan dalam kabinet sebagai salah satu strategi dan persediaan parti itu memenangi PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dedah sumber parti.

Beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insight, presiden Bersatu itu mencadangkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung baru-baru ini.

Salah satu sumber parti berkata, Muhyiddin mencadangkan demikian kerana mahu menonjolkan naratif bahawa Bersatu bersedia untuk menjadi pembangkang demi menolak kumpulan kleptokrat.

“Ini adalah naratif yang cuba dimainkan oleh Muhyiddin. Bersatu mahu menjadi pembangkang yang akan mengkritik segala tindak-tanduk kerajaan baharu yang didominasi parti yang terdiri pemimpin kleptokrat.

“Dengan cara ini sokongan rakyat akan beralih kepada Bersatu dan memudahkan parti itu memenangi pilihan raya akan datang,” katanya.

Bagaimanapun tiada keputusan dibuat mengenai cadangan Muhyiddin, tambah sumber.

Kumpulan kleptokrat itu merujuk kepada para pemimpin Umno yang kini berdepan pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang di mahkamah.

Pemimpin berkenaan antara 15 ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan ke atas Muhyiddin menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan perdana menteri minggu lalu.

Kumpulan tersebut kemudiannya menyokong bekas timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri kesembilan, dan tindakan sama diumumkan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan sokongan PN itu bersyarat, selagi kerajaan yang dibentuk Ismail berintegriti dan menterinya bebas pertuduhan jenayah di mahkamah.

Kerajaan yang dibentuk itu pula perlu hormat prinsip pengasingan kuasa dan melindungi kebebasan badan kehakiman, tegas Muhyiddin selaku pengerusi gabungan PN.
.
Seorang lagi sumber parti melihat, cadangan itu menunjukkan tekad Muhyiddin untuk menyingkirkan Umno dalam PRU15 terutama Ahmad Zahid Hamidi dan kumpulannya.

Jelasnya, ia sebagai balasan ke atas layanan kumpulan berkenaan ke atas Muhyiddin selama ini.

Bagaimanapun, hubungan Muhyiddin dengan Ismail Sabri setakat ini tiada masalah dan masih berjalan dengan baik, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Menurutnya, hasrat Muhyiddin agar Bersatu tidak memegang sebarang jawatan itu juga tidak dipersetujui oleh beberapa ahli MKT.

“Ada beberapa ahli MKT yang bimbang cadangan Muhyiddin untuk tidak memegang jawatan dalam kabinet juga akan merisikokan pengaruh parti itu terutama dalam kerajaan.

“Dan juga ada kebimbangan jika Bersatu menolak jawatan kabinet, parti itu akan berdepan (masalah) untuk mencari sumber dana bagi PRU15,” katanya.

Tambah sumber itu, Muhyiddin dalam mesyuarat itu bagaimanapun tidak memaksa MPT mengikut cadangannya.

“Itu merupakan pandangan peribadi Muhyiddin yang beliau rasa akan bawa kemenangan besar pada Bersatu,” katanya.

Sumber itu berkata oleh kerana itu, tiada keputusan dibuat semasa mesyuarat MPT terutama bagi jawatan timbalan perdana menteri.

Perkembangan itu seterusnya membuka ruang untuk pemimpin parti berkenaan melobi untuk meraih jawatan dalam kabinet Ismail, katanya.

“Sebab itu kita melihat sudah ada beberapa pemimpin Bersatu yang secara tidak langsung cuba untuk melobi dan membuat kempen untuk merebut jawatan timbalan perdana menteri.

“Antara empat pemimpin yang melobi jawatan itu ialah Mohd Redzuan Md Yusof, Azmin Ali, Hamzah Zainuddin dan Ahmad Faizal Azumu,” katanya.

Redzuan dan Azmin merupakan anggota MPT manakala Hamzah dan Ahmad Faizal masing-masing setiausaha agung dan timbalan presiden Bersatu.

Sumber itu berkata Hamzah dan Azmin pula mungkin dalam kedudukan sukar untuk melobi jawatan tersebut kerana sudah ada penolakan daripada ahli parti yang lain terhadap mereka.

“Jika dulu penolakan ini hanyalah secara diam-diam dan tidak begitu terbuka namun kali ini ahli MPT yang lain tidak sembunyi lagi dan mengkritik dua pemimpin ini secara depan-depan,” katanya.

Tujahan Muhyiddin ke tampuk utama kuasa bermula pada 2016 apabila beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Tindakan itu dibuat atas alasan melanggar disiplin parti kerana mengkritik skandal 1Malaysia Development Bhd yang mengaitkan perdana menteri waktu itu, Najib Razak.

Muhyiddin kembali semula sebagai menteri dalam kabinet Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad selepas gabungan parti itu menang pilihan raya umum 2008.

Kerajaan itu tumbang apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu pada 24 Februari, 2020.

Tindakan Muhyiddin melalui percaturan politik yang popular dengan nama jolokan Langkah Sheraton seterusnya membentuk kerajaan Perikatan Nasional,

Muhyiddin muncul sebagai menjadi perdana menteri pada 1 Mac 2020 dengan gabungan Perikatan Nasional yang didukung Bersatu, Umno, PAS dan juga GPS.

Muhyiddin seterusnya meletakkan jawatan pada minggu lalu selepas ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya.

Tindakan itu membolehkan Umno kembali menguasai kerajaan apabila Ismail diumumkan sebagai perdana menteri kesembilan semalam. – 21 Ogos, 2021.

 

SYARAT MUHYIDIN

MASUK AKAL

AMIN

TAPI POLITIKUS

GILA KUASA

TAK PERNAH PIKIR

JAUH KE DEPAN

AMIN



2 ulasan:

capt salai berkata...

Ooo..sekarang baru ada akal ya...hahaha

Unknown berkata...

Udah udah lah tt. Benci sangat kat dsai