Khamis, 5 Ogos 2021

MUHYIDIN TIPU AGONG ?

 


 JENG JENG JENG

HARI SENIN PULAK

KAH KAH KAH

BUKAN SEPTEMBER

KAH KAH KAH



Pakatan desak sokongan terhadap Muhyiddin diputuskan Isnin

SOKONGAN terhadap Perdana Menteri Muhyiddin mesti diputuskan sekarang, kerana selagi ia ditangguh selagi itulah isu kestabilan dan keberkesanan kerajaan tidak dapat diselesaikan, kata Pakatan Harapan (PH).

Majlis Presiden PH hari ini mendesak sidang khas Parlimen diadakan pada Isnin depan supaya keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri dapat ditentukan.

“Tindakan menangguhkan undi tidak percaya sehingga bulan September adalah amat tidak wajar.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan mengulangi pendirian kami serta semua parti dalam blok pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen yang telah menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin, iaitu mendesak diadakan sidang khas Parlimen pada Isnin, 9 Ogos untuk memutuskan isu ini,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ia turut menyebut Muhyiddin tidak bercakap benar dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu sokongan majoriti semasa sesi menghadap di Istana Negara semalam.

“Ini adalah satu tindakan penderhakaan tertinggi terhadap Ketua Utama Negara dan tidak patut dimaafkan.

“Kami berpandangan mesti ada tindakan tegas terhadap penipuan yang dilakukan di peringkat tertinggi sehingga sanggup tidak bercakap benar dan mengelirukan Seri Paduka Baginda,” katanya.

Majlis itu menegaskan sokongan majoriti terhadap Muhyiddin boleh dilakukan dengan mudah dan disahkan tanpa keraguan melalui satu sidang khas di Dewan Rakyat. – 5 Ogos, 2021.

 WOIT

BAGILAH

MUHYIDIN

TUNGGU GAJI

BULAN SEMBILAN

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: