Selasa, 10 Ogos 2021

ORANG RAMAI WAJIB SOKONG

 

ORANG RAMAI

WAJIB SOKONG

KHALAS

BERI TEKANAN

PADA POLITIKUS

GILA KUASA

AMIN


Ini masa untuk bersatu bukannya berebut kuasa, titah Pemangku Raja Pahang


PEMANGKU Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa semasa sendiri ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19.

Sebaliknya, baginda bertitah ini adalah masa untuk semua pihak bersatu padu tanpa mengira anutan agama, warna kulit mahupun fahaman politik serta mengamalkan sikap tolong menolong.

“Ini bukanlah masanya untuk merebut kuasa, bersengketa mahupun banyak berbicara tanpa berbuat apa-apa tindakan. Kita harus menang dalam peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini,” titah baginda sempena majlis perasmian sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2021 secara dalam talian hari ini.

Menerusi titah ucapan yang disiarkan secara langsung di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang itu, Tengku Hassanal turut menyeru semua pihak termasuk kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta termasuk penghulu, ketua kampung serta jawatankuasa masjid dan surau agar sentiasa cakna kepada rakyat yang memerlukan bantuan ketika pandemik. 

“Saya tidak mahu ada rakyat saya yang berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai makanan serta keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil pada kita, tetapi pada mereka yang susah, ia amat besar nilainya,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah semangat kejiranan yang tinggi juga dituntut ketika ini apabila anak-anak yang jauh tidak dapat pulang ke kampung manakala saudara-mara juga tidak dapat berziarah.

“Pepatah jangan jaga tepi kain orang mungkin tidak lagi relevan. Saya menasihatkan agar kita semua sentiasa prihatin kepada jiran masing-masing dan berikan bantuan bersesuaian kepada yang memerlukan,” titah Tengku Hassanal.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail itu, bekas Kadi Besar Pahang Allahyarham Syed Abdul Rahman Syed Mohammad Benyahya dianugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang 2021.



BAGI RAKYAT

SEDAR BAHAWA

PORAK PERANDA

SEKARANG 

INI KERANA

ADA YB

 YANG GILA

KUASA NAK

JADI PM

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada ramai penggila di negara ASWJ Malaysia rupanya..