APA JADI
DENGAN
SYARATTON
KAH KAH KAH
INI MAKNANYA
PENGARUH MUHYIDIN
DAN
PENGARUH BERSATU
DAH LUNTUR
KAH KAH KAH
Perikatan atau BN: Apa ada pada nama?
NAMA yang dipilih gabungan pemerintah sama ada Perikatan Nasional, Barisan Nasional atau nama baharu — akan menjadi cerminan siapa yang mentadbir negara, kata penganalisis.
Menurut mereka nama gabungan yang dipilih di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga menjadi kunci untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis dari Universiti Malaya Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata adalah penting untuk parti memerintah menunjukkan sifat dominan terutamanya apabila ia diterujui seorang pemimpin Umno.
“Penting untuk penjenamaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang memandangkan PN sudah dilabel sebagai kerajaan gagal oleh pengkritik dan parti komponennya sendiri,” katanya.
Pemimpin Bersatu dan Umno saling mengkritik berhubung status kerajaan baharu dengan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mengatakan partinya akan terus menyokong Ismail dan kerajaan PN.
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu pada Ahad menegaskan bahawa kerajaan yang ditadbir Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik ialah kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat perubahan pada pimpinan.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menolak dakwaan ianya kerajaan PN, dan menyifatkan pertadbiran kini adalah “kerajaan campuran”.
Perikatan Nasional terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan dan Upko manakala gabungan Barisan Nasional terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan PBRS.
Setakat ini, Ismail Sabri cuba mengelak ketika ditanya berhubung isu ini semasa lawatannya di Yan, Kedah dan berkata ianya adalah kerajaan Malaysia.
BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional namun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi.
Dr Azman berkata perkara itu perlu dibincagkan dengan ahli parti Umno dan PN agar tidak menimbulkan sebarang masalah.
Kepentingan label
Sementara itu, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata ramai ahli politik yang mengambil kira label itu.
“Oleh kerana kerajaan sebelum ini dikenali dengan label tertentu, sangat penting untuk kerajaan ini ada labelnya sendiri. Fakta bahawa ia mahu dikenali sama ada sebagai kerajaan BN atau PN menunjukkan betapa pentingnya ahli politik mempunyai label,” katanya.
“Bagi ahli politik, terutamanya yang menyokong kerajaan terkini, label sangat penting.”
“Penyokong PN mahu mengingatkan Ismail bahawa kepemimpinannya wujud dengan sokongan mereka, sementara penyokong BN ingin melepaskan diri dari imej kerajaan gagal yang dikenakan pada pentadbiran Muhyiddin,” katanya.
Tunku Mohar berkata PN, terutamanya Bersatu juga mempunyai motif lain iaitu untuk dikenali sebagai sebahagian daripada gabungan pemerintah untuk survivalnya dan sebagai persiapan untuk pilihan raya umum akan datang.
“Ia adalah kepentingan Bersatu untuk dikaitkan dengan rejim sekarang agar dapat memanfaatkan pengagihan kerusi pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Bagaimanapun, berikutan bantahan dari BN, mungkin nama baru harus diberikan kepada gabungan yang dipimpin oleh Ismail Sabri.
Menunjukkan kuasa dan kedudukan
Pensyarah Pengajian Asia Universiti of Tasmania dan Felo Kanan Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah, James Chin berkata adalah penting untuk gabungan untuk dikenali sebagai parti pemerintah untuk memberi mesej kepada penyokong dan rakyat siapa yang berkuasa.
Chin percaya mereka berkemungkinan tidak akan kekal dengan nama PN kerana mmberi gambaran yang Bersatu masih berkuasa.
“Jadi berkemungkinan mereka akan kekal sebagai Barisan Nasional atau Muafakat Nasional untuk Umno, namun saya tidak fikir mereka akan namakan sempena nama parti sendiri,” katanya.
“Yang penting kamu perlu memberi mesej kepada ahli parti sendiri dan masyarakat bahawa kamu masih berkuasa,” tambahnya.
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata nama sangat penting kerana ia menunjukkan siapa yang berkuasa dan memberi arahan dalam kerajaan.
“Sebenarnya kerajaan ini adalah seperti pendahulunya merupakan kerajaan gabungan kerana perdana menteri sebelum ini adalah Muhyiddin Yassin dan beliau adalah dari Bersatu,” katanya.
“Jadi nama sesuai untuk kerajaan sebelum ini adalah kerajaan gabungan yang diterajui Bersatu atau gabungan kerajaan yang diterajui PN. Sama seperi sekarang Ismail Sabri dari Umno menerajui pentadbiran ini dan ia perlu digelar contohnya kerajaan gabungan yang diterajui Umno atau gabungan diterajui BN kerana Umno ada kumpulannya sendiri iaitu BN,” tambahnya.
Beliau berkata nama menunjukkan pendirian parti politik atau kumpulan politik sebagaiu pemimpin dalam gabungan.
Selain itu katanya, ia juga akan menjadi jenama untuk pilihan raya umum akan datang. Persoalannya ialah nama mana yang akan lebih menarik untuk pengundi.
“Saya sendiri tidak tahu sama ada mereka boleh bekerjasama dan menjadi gabungan yang akan menghadapi pilihan raya umum akan datang..kita perlu tunggu dan lihat,” katanya mengulas mengenai sejauh mana gabungan itu mampu bertahan. – 25 Ogos, 2021.
2 ulasan:
citer apa ni pak tt... bukan budak sotong ni dah pencen ?
PKR’s Rafizi To DAP: Stop Relying On Us For Malay Votes
Kerajaan sekarang adalah kerajaan Pok Su Yie bukan PN atau BN sebab PM asal kelantan tp masuk pahang. Tak keluar umno tp masuk rumah bersatu.
Catat Ulasan