REBUT REBUT
TERUS LAWAN
AMIN
ADA DUA PEKARA
PENTING
DIBELAKANG
SEMUA INI
AMIN
APA DIA
PEKARA ITU
AMIN
Ini kerajaan Perikatan Nasional, kata Faizal Azumu
PERIKATAN Nasional (PN) tetap menegaskan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob adalah kerajaan pimpinan parti tersebut walau pemimpin Umno menuntut ia disebut sebagai kerajaan gabungan.
Timbalan perngerusi PN Ahmad Faizal Azumu berkata, parti itu percaya demikian kerana majoriti ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri terdiri daripada komponen parti itu.
“Pada kami ini kerajaan PN, kawan sebelah (BN) ada 41 (ahli Parlimen)... Kami percaya kami mewakili kerajaan PN,” kata Ahmad Faizal.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN di Publika, ibu negara, hari ini.
Isu itu timbul apabila bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan awal pada Khamis menyebut pentadbiran baharu yang bakal dibentuk Ismail sebagai kerajaan PN.
Beliau menyebut demikian dalam kenyataan yang menegaskan sokongan bersyarat ke atas Ismail Sabri sebagai perdana menteri kesembilan.
Perdebatan itu berterusan apabila gelaran tersebut ditolak Umno melalui setiausaha agungnya Ahmad Maslan yang menganggap pentadbiran baharu itu sebagai kerajaan campuran.
“Kjaan baru ini pada saya bukan kerajaan PN tapi kerajaan Malaysia yang dianggotai parti BN, PN, GPS, PBS. Ini kerajaan campuran.
“PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star (tetapi tidak dianggotai) BN, GPS dan PBS,” katanya semalam.
Pendirian sama disebut Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Rahman Dahlan yang menegaskan, kerajaan pimpinan Muhyiddin sebelum itu juga bukan kerajaan PN.
“Kerajaan dulu ialah gabungan BN, PN, PBS dan GPS, bukannya kerajaan Perikatan Nasional.
“Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.
Seramai 115 ahli Parlimen menyokong Ismail melalui 37 kerusi Umno, GPS (18), Bersatu (31), PAS (18), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), PBS (1), STAR (1) dan Bebas (4).
Ismail mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan semalam dan perlu mengemukakan undi percaya bagi mendapat keabsahan jawatan itu di Dewan Rakyat secepat mungkin.
Beliau menggantikan Muhyiddin yang terpaksa meletakkan jawatan pada Isnin lalu selepas 15 ahli Parlimen Umno menolak daripada menyokongnya sebagai perdana menteri. – 22 Ogos, 2021.
1 ulasan:
Peja pun reti main semiotik mcm TT.dia nak kabor pd mail bera,aku timb presiden bersatu,apsei lak azmin hamzah rank dlm parti bwh drp aku yg jd calon TPM.insider story masa umno topple peja drp mb Perak,ada nego blkg tabir.peja bagi laluan umno jd MB Perak,mail bera jadik TPM peja amik alih jadik MENHAN tp yiddin throw peja under the bus,janji Kosong dpt jadik punaisihat je Tak smpai sebulan pun.peja tayang makan Mee Kari kt putrajaya luorg ingat dia saje2 bodo,Tak itu game semiotik peja meranjo yiddin,sabotaj imej wak yiddin.kami budak Anderson mmg terer bab ranjo meranjo nie.mmg goons peja nak sgt dpt MINDEF,lubuk duit.aku tau ceta pasei aku pun cucuk angin dgn peja kahkahkahkah.
Catat Ulasan