Rabu, 11 Ogos 2021

SAPA GANTI MUHYIDIN

 

 

MUHYIDIN JATUH

SAPA GANTI 

AMIN

ZAHID DITOLAK

ANWAR DI REJEK

KU LI DITOLAK

AMIN

KEMBALI 

YA ASAL

BALIK USUL

AMIN

KEMBALI PADA

MADEY ?

KHALAS 




Siapa perdana menteri pilihan UMNO?


KUALA LUMPUR – Selain mengemukakan nama 14 Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan kepada  Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi turut mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik orang UMNO sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya Muhyiddin berjaya digulingkan, Ahmad Zahid dilaporkan akan mencadang dirinya sebagai PM.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid dikatakan tidak mendapat sokongan sebulat suara kerana sesetengah pemimpin menyokong Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM interim.

Sinchew Daily melaporkan, disebabkan reputasi beliau yang tinggi selain tiada kes mahkamah dan apa-apa kontroversi, maka Tengku Razaleigh merupakan calon sesuai.

Sumber menegaskan, UMNO akan menyokong orang parti sebagai PM selepas menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, tetapi tidak akan menyokong  Anwar Ibrahim atau  Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM.

Ahmad Zahid ketika dihubungi Nanyang Siang Pau bagaimanapun menafikan dirinya mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai PM interim.

“Saya menafikan. Majlis Tertinggi juga tidak pernah membincangkan perkara ini,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, difahamkan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) turut menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mereka tidak mencadangkan calon PM atau PM interim.

Sumber daripada PKR memberitahu Sinchew Daily, tujuan PH semata-mata mahu menyatakan bahawa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti.

“PH juga berpendapat bahawa mesyuarat khas Parlimen perlu diadakan secepat mungkin supaya wakil rakyat dapat menyatakan sokongan atau tidak kepada Perdana Menteri.”

Sumber daripada DAP pula berkata, Anwar merupakan calon pilihan untuk menjadi PM, tetapi parti itu tidak menolak kemungkinan menyokong calon dari parti lain sekiranya Anwar tidak mendapat sokongan majoriti.

PH dilaporkan mahu menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) secepat mungkin untuk menafikan ia daripada sumber kerajaan, selain memastikan kerjasama UMNO dan Bersatu tidak dibentuk pada pilihan raya akan datang. –

 SEMUA BERPUNCA

DARI GILA

ANWAR IBRAHIM

NAK JADI PM

AMIN

KACAU SATU

NEGARA

AMIN 


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit atuk isham ni teruk dah ni kau punya kebencian dekat bangnon
Woit atuk TT, gua tak minat bangnon.gua pun tak minat muhyidin apatah lagi najiburosmah dan Zahid.

Atuk ,gua 60/40. Shafie afdal gua 30/70. Ku li 50/50.

Gua ingatkan lu lah atuk TT, semua benda ni berlaku satu saja puncanya.umno. kalau umno tak melompat masuk bersatu ramai2 selepas pru lepas, tiada krisis yg akan berlaku. Lu simpan lu punya individual benci, lu fikir pakai akal. Lu jumpa lah yang lu selalu sebut-sebut....Tim kebenaran.

Sembang.

Unknown berkata...

Anwar ibrahim jugak yang kene hurmmm…

Tanpa Nama berkata...

Kalu madey balik ke empat segi satu.

Unknown berkata...

Ingat balik cara baca tukar tiub cara baca gambar apa makna.. gambar madey wat pisyorr maknanya madey tolak perang rebut kerusi piem dengan kata lain orang yang polos taknak jawatan orang tu layak diangkat jadi piem..