SEPUPU SEPAPAT
SEDARA MARA
DARI TANAH
SEBERANG
DATANG BUKAN
MASAALAH
AMIN
MASALAHNYA
KALAU MEREKA
BAWA KOBID
AMIN
SOALAN YANG
WAJIB TERUS
DITANYA IALAH
BERAPA RATUS RIBU PENDATANG HARAM
DARI CHINA MERAH
TELAH BERADA
DI MALAYSIA
KHALAS
INI BAHAYA BESAR
KHALAS
ATM tangkap 21 warga asing ceroboh sempadan negara
KUALA LUMPUR – Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) menangkap 12 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia hari ini.
Pati warganegara Indonesia ditangkap kira-kira jam 4.30 pagi, sebaik anggota petugas Pos Pemerhati mengesan pergerakan bot mencurigakan di kawasan Bio-Desaru, Bandar Penawar, Johor.
Menurut kenyataan, hasil maklumat itu, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) ke kawasan berkenaan.
“Hasil penjejakan yang dilakukan telah berjaya 21 Pati sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau – Sedili Kecil (Bio-Desaru).
“Mereka terdiri daripada 15 lelaki dan enam wanita berusia 19 hingga 44 tahun dan dipercayai baru sahaja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.
“Nilai rampasan dianggarkan RM11,520 melibatkan mata wang Malaysia RM 1,430, matawang Indonesia IDR11,562 (RM3,370.60) dan 21 telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, semua mereka dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.
Laporan turut dibuat di Balai Polis Bayu Damai, sebelum pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF menjejak kemungkinan saki baki pendatang asing di sekitar kawasan tangkapan.
Kata kenyataan itu, Tentera Darat akan sentiasa bersedia mengawal dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara.
Kerjasama agensi dalam Op Benteng itu akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan perairan dan daratan negara bebas daripada aktiviti yang boleh mengancam keselamatan mahupun aktiviti yang menyalahi undang-undang. –
2 ulasan:
mereka semua tahu di malaysia semua benda ada rasuah
Tangkap bilis saja, yang sindiket kasi masuk kah kah kah selalu lumrah dunia undang undang untuk orang miskin, yang kaya terlepaslah macam puak kita, rasuah lepas, tak buat kerja lepas, makan gaji buta lepas, ular mak lepas duta lepas semua lepas asal ada pulus masuk, kah kah salah DAP salah Yahudi salah komunis salah pendatang kah kah kah
Catat Ulasan