Ahad, 12 September 2021

BAYAR SAMPAI

 


BAHAYA AKAN 

DATANG DARI

TIM BANDUAN

AMIN

MULA MULA

AHMAD MASLAN

AMIN

KEMUDIAN 

NAJIB 

AMIN

INI NAMANYA

TEST MARKET

KHALAS



Wajib tolak Ahmad Maslan, pertahan martabat Parlimen

JANGAN kita lupa, ikrar pada jam-jam akhir Muhyiddin Yassin adalah untuk tidak akan bekerjasama dan menyokong individu terkait dengan “kluster mahkamah”.

Maka, amat memalukan untuk beliau dan ahli Parlimen daripada Bersatu mengundi Ahmad Maslan sebagai calon timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pontian itu, yang cukup dikenali dengan pelbagai keletah, telahpun didakwa di mahkamah kerana memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Beliau turut didakwa bersabit tuduhan AMLA selepas menerima sebanyak RM2 juta daripada Najib Razak. Beliau bakal menjalani perbicaraan di mahkamah mulai 7 Jun 2022. 

Lebih baik segala kudrat, masa dan tenaga beliau ditumpukan untuk menjawab pertuduhan tersebut kelak. 

Atas sebab tersebut, adalah lebih baik untuk beliau tidak dipertanggungjawabkan dengan bebanan tugas sebagai timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Martabat, integriti dan reputasi Dewan Rakyat sebagai asas kepada sistem demokrasi kita tidak boleh dikotori dan dicemari apabila kerusi penting tersebut diduduki oleh seseorang yang masih belum dibersihkan oleh mahkamah. 

Saya memohon agar kesemua 220 ahli Parlimen untuk mengundi berdasarkan hati nurani masing-masing.

Saya turut menggesa supaya ahli Parlimen untuk tidak mengundi mana-mana pemimpin “kluster mahkamah” kerana ia akan menambah kerosakan yang telah sedia berlaku sekarang di bawah pimpinan Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

Kita tidak boleh membiarkan pimpinan yang tidak bersih untuk mencalarkan nama baik institusi tersebut. – 11 September, 2021.

Howard Lee
Timbalan ketua Pemuda Pakatan Harapan.


LULUS JARUM

LULUS KELINDAN

AMIN

LULUS 

MAT MASLAN

MASUK NAJIB

KHALAS



Tiada ulasan: