WOIT
MELAYU
TAK SEDAR
LAGI KE SIAPA
NAJIB INI
AMIN
JASA PADA
LEE KUAN YEW
BERI TANAH
KTM PADA
SINGAPURA
AMIN
Kunjungan duta Singapura hangatkan spekulasi peranan Najib dalam Kabinet
NAJIB Razak semalam menerima kunjungan hormat Duta Singapura ke Malaysia, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi bahawa beliau akan diberi peranan besar dalam Kabinet Ismail Sabri Yaakob.
Gambar beliau bersama Duta Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dimuat naik bekas perdana menteri itu di Facebook semalam.
“Semoga hubungan antara Malaysia dan Singapura bertambah kukuh terutamanya dalam ekonomi.
“Dasar-dasar dan kesalinghubungan antara kedua-dua negara yang membawa manfaat kepada pelabur, usaha mengawal pandemik dan penduduk Asean juga wajar ditingkatkan lagi. Sama-sama kita usahakan,” tulisnya.
Selasa lalu, ahli Parlimen Pekan itu mengunjungi Ismail Sabri di pejabat perdana menteri di Putrajaya.
Pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri kesembilan itu bagi mengisi kekosongan selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan pada 16 Ogos lalu, susulan hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Pertemuan dengan duta Singapura itu berlangsung ketika Najib disebut-sebut mungkin akan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Ismail Sabri.
Mengulas pertemuan dengan perdana menteri pada Selasa lalu, Najib berkata mereka membincangkan keadaan semasa ekonomi negara dan langkah-langkah selanjutnya yang perlu diambil.
“Prinsip dan pendirian saya jelas. Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lawan. Jika baik, saya sokong,” katanya di Facebook.
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, penggubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Kes itu kini di peringkat rayuan.
Najib, 68, juga berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – 10 September, 2021.
2 ulasan:
Klau nsjib dah ada jawatan dalam kabinet masa tu dah telambat nak ke jalan raya. Sekarang ni la sementara ada masa kene ada sorang penghasut bikin tiup wisel. Tt ngan madey kene wat huru hara. Lau pak mail wat masuk najib abes la tersengih je la kita semua.. arini najib masuk kabinet besok rosmah pakai cincin berlian lusa bwak beg tangan tulat naik kapal layar
Ini berita baik yg ditunggu2. Najib jauh lebih bijak dari ismail sabri + muiden. Jawatan penasihat sangat sesuai utk najib sbb dia dah banyak pengalaman buat deal ngan singkapore dan china. Banyak perkara yg dia boleh nasihat ismail sabri hasil hubungan rapat ngan financier terkenal jho low yg pernah menjadi penasihat najib. Idup bossku idup 1mesia.
Catat Ulasan