Kaedah pengajaran kita lahirkan pengganas, kata polis
SISTEM pendidikan di Malaysia tidak menyediakan pelajar kemampuan berfikir secara kritis sehingga melahirkan masyarakat yang menerima apa sahaja tanpa banyak soal, kata seorang pegawai kanan antikeganasan.
Pegawai atasan dari ibu pejabat polis Bukit Aman, yang terlibat dalam memerangi keganasan dan memformulakan dasar antikeganasan, mengulas mengenai penangkapan seorang rakyat Malaysia dengan pertuduhan keganasan.
Ahmad Mustakim Abdul Hamid dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh mahkamah tentera Somalia di Mogadishu kerana membantu kumpulan pengganas Al-Shabaab di Tanduk Afrika, semenanjung paling timur di benua Afrika.
“Anak-anak kita, termasuk kita, diajar menghafal dan tidak berfikir. Begitulah cara kita dibesarkan. Di sekolah, kita tidak boleh mempersoalkan sesuatu tetapi sebaliknya menerima apa yang diberi atau diberitahu kepada kita.
“Inilah masalah sekarang apabila seseorang diajar untuk mengikut pemikiran agama secara membuta tuli. Berapa ramai ditipu untuk mempercayai mereka melakukan perbuatan mulia sedangkan sebenarnya tahap pemikiran mereka sangat rendah,” kata pegawai kanan itu.
Difahamkan, Mustakim, 34, pergi ke Yaman untuk belajar Islam sebelum bergabung dengan Al-Shabaab. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Somalia dan mempunyai dua orang anak.
Mustakim adalah rakyat Malaysia pertama yang didakwa membantu Al-Shabaab di Somalia.
Sebelum penangkapan Mustakim, hampir 100 lelaki Malaysia pergi ke Syria untuk berperang bersama-sama organisasi pengganas Islamic State yang kini sudah tidak lagi berfungsi.
Puluhan terbunuh sementara banyak yang berada di penjara atau kem kemanusiaan.
Ada yang berjaya pulang ke tanah air tetapi ditangkap di lapangan terbang dan didakwa dengan aktiviti berkaitan keganasan.
Menurut kajian dilakukan Bukit Aman, kebanyakan mereka yang bergabung dengan kumpulan militan dipengaruhi oleh naratif Islam yang diajarkan oleh Imam Taimiyyah, seorang sarjana Islam Sunni, muhaddith, ahli teologi, hakim, ahli falsafah, dan kadang-kala tokoh pemikir serta politik yang kontroversial.
Ahli sosiologi, Prof Dr Sharifah Munirah Alatas memberitahu The Malaysian Insight terdapat kebenaran dengan kenyataan dibuat pegawai antikeganasan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata ideologi ekstremis boleh berkembang dalam diri seseorang yang berpendidikan tinggi, yakin, dan memiliki latar belakang pendidikan yang sama sekali berbeza.
“Mereka boleh menjadi pemikir yang sangat kritis tetapi masih merupakan seorang pelampau agama, tetapi ada kebenaran apa yang dikatakan oleh pegawai kanan polis itu.”
Menjawab dakwaan rakyat Malaysia tidak diajar untuk berfikir secara kritis atau mempersoalkan dogma, Sharifah Munirah berkata aspek mempersoalkan terutama dalam subjek Islam, tidak digalakkan di Malaysia.
“Umat Islam di Malaysia sangat ritualistik. Begitulah cara ia diajar dan mempersoalkan aspek Islam di peringkat sekolah tidak digalakkan. Mereka disuruh lakukan saja.
“Agama kemudian menjadi sebahagian ritual, mekanikal dalam kehidupan kita. Sudah tentu juga salah jika dikatakan Islam tidak membenarkan anda mempersoalkan apa yang terdapat dalam Al-Quran atau Hadis.
“Jadi, kepercayaan pada agama bukanlah aspek intelektual dan holistik dalam kehidupan, tetapi hanya menjadi ritual,” kata Sharifah Munirah.
Beliau berkata elitisme dan mentaliti neokolonial berperanan menghalang pelajar mempersoalkan wacana sama ada di sekolah atau universiti.
Beliau menambah ahli akademik lebih suka pemikir yang tidak kritis sebagai pelajar, kerana mereka akan berasa tidak selamat disoal di depan orang lain.
“Selain pendekatan ritualistik terhadap idea, ada bentuk budaya ‘elit’ yang menyelinap ke semua tahap etos pendidikan kita, di kalangan akademik, dan antara akademik dan pelajar,” kata Sharifah Munirah.
“Di universiti, misalnya, hierarki sangat jelas. Ahli akademik sangat mengambil berat soal herarki. Ini tidak sepatutnya wujud dalam persekitaran cendekiawan. Sebaliknya, idea sepatutnya menguasai hierarki sosial dalam persekitaran akademik.
“Dalam tradisi Barat, pelajar digalakkan menyoal, bersuara, dan mencabar apa yang dibincangkan oleh pensyarah di dalam kelas.” – 28 September, 2021.
4 ulasan:
Polis yg ganas. Semalam terbaca tweet Malik husin dia cerita dalam tahanan dia dipukul dan dipaksa minum air kencing polis. Polis tu nama borhan.
Elok pergi cuci taik jubor sendiri bersih2 sebelum intai jubor orang lain.
Tu belum lagi cerita orang mati dalam tahanan.
Al Quran satu dogma yang tidak boleh dicabar tetapi sesiapa yang mentafsir Al Quran boleh dicabar dengan pemikiran kritikal, hadis pula setiap periwayat hadis boleh dicabar, lebih lebih lagi orang yang mentafsir hadis juga boleh dicabar dengan pemikiran kritikal, hanya atok berani bersuara itu hudud pas bukan hudud islam
Tahu apa ITU Bonsai ? Bonsai boleh dibentuk dari anak anak lagi, begitu juga PAS bentuk anak anak kecil dari sekolah agama, begitu jugak yang lain, semuanya dibentuk, halal haram kafir laknat semuanya dibentuk sejak kecil dalam minda, akal pendek akur apa didengar tanpa banyak soal, pendek kata kalau tanam ubi tak akan ada jagung, begitu lah kisah negaraku sejak Merdeka, dulu orang putih sekarang jadi Arab, bila nak ada Melayu ? Kah kah kah syukur amin selamat
Sebelum belajar pemikiran kritis, kena belajar cara fikir yg betul yakni ilmu logik @ mantiq. Skrg ni ramai acah2 berfikir kritis tp bodoh ya"mat pastu ajar org lain jd sesat. Khalas
Catat Ulasan