PENCURI
NAK MENCURI
LAGI
AMIN
BAIRKAN BIARKAN
KAH KAH KAH
Bukit Aman siasat laporan Najib terhadap LHDN
JABATAN Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sudah memulakan siasatan berhubung laporan bekas perdana menteri Najib Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendakwa tuntutan cukai terhadapnya bermotifkan politik, kata pengarahnya Kamarudin Md Din.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, katanya, iaitu bagi kesalahan pemalsuan dokumen.
“Polis ingin mengesahkan satu siasatan dijalankan berkait laporan polis oleh Najib Razak terhadap LHDN.
“Semua pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan.
Pada 8 September, Najib membuat laporan polis mendakwa beliau menerima maklumat dalaman pegawai LHDN ditekan oleh ahli politik supaya mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya.
Najib mendakwa agensi itu melakukan beberapa kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bersabit salah guna kuasa dan pemalsuan dokumen.
Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai sebelum ini dipetik berkata siasatan kes dipindahkan ke Bukit Aman.
LHDN pada 25 Jun 2019 memfailkan saman terhadap Najib menuntut bayaran RM1.69 bilion cukai tertunggak yang perlu dibayar bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.
Pada 22 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan itu selepas membenarkan penghakiman terus dimasukan terhadapnya.
Pada 14 Jun 2021, Hakim Ahmad Bache menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan penghakiman itu atas alasan semua pembayar cukai sama di sisi undang-undang. – 22 September, 2021.
2 ulasan:
Jibi cakap dlm fb ada pegawai yg datang jumpa dia mintak maap sebab kena tekan masa bertugas pasal kira cukai dia.
No problem. Pdrm sila jel kan pegawai tu yg salahguna kuasa. Senang. Kahkahkahkah.
Konon dtg nak kipas jibi..sekali jibi report polis. Padan muka. Naik turun mahkamah la pegawai bangang tu. Dia tak tau ke kalau seseorang dah kantoi..dia akan tarik semua sekali ikut sama kantoi dgn sia masuk jel.kahkahkahkab
Harap2 bossku dikembalikan kpd jawatan lamanya. Malaysia akan kembali tenang aman dan berjaya. Skrg ni bercelaru tak tahu ujung pangkal. Antara madey muiden ismail tokmat hishamuddin azmin kuli anwar lebih baiklah najib. Flom pun dah bertukar. Bossku will be back.
Catat Ulasan