Vaksin Covid-19 mungkin disuntik setiap tahun, kata CEO Pfizer
KETUA Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla pada Ahad berkata dunia berupaya kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik Covid-19, dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan.
“Saya setuju bahawa, dalam setahun, kita akan dapat kembali ke kehidupan normal. Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus ... Dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Tetapi kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan lihat data,” lapor Sputnik memetik ABC News.
Beliau berkata Pfizer akan segera menyediakan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) data berdasarkan percubaan vaksin syarikat itu dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, yang dikatakan telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan suntikan vaksin Covid-19 untuk kumpulan umur berkenaan. – Bernama, 27 September, 2021.
1 ulasan:
macam ada yang tak betul..dah cucuk masih kena ikut sop.. ini kepala bana..
aku marah .. bukan apa.. macam aku dah cucuk.. masalahnya.. aku dah cucuk masih tak boleh nak menganjing anti vaksin dengan cara cabut topeng muka depan muka dia.. jalan-jalan dengan awek tepi pantai tanpa penjarakan sosial.. ini sadis
tu je.. kah kah kah
Catat Ulasan