LIHAT & SAKSIKAN
BETAPA SUCINYA
NIAT PERJUANGAN PEMIMPIN ISLAM
AMIN
WALAU PUN
DIBUKTIKAN
BERSALAH
DI HUKUM PENJARA
MASIH LAGI
INGIN BERJUANG
MEMBELA NASIB
RAKYAT
AMIN
INILAH CONTOH
PEMIMPIN ISLAM
YANG WAJIB
DIIKUTI
AMIN
BIJAK MEMIMPIN
BIJAK MEMANDU
BIJAK MENCURI
AMIN
Najib tidak menolak kemungkinan bertanding PRU
KUALA LUMPUR – Biarpun sedang berdepan dengan pertuduhan kes rasuah di mahkamah yang dilihat sebagai menghalang karier politiknya, Njib tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bekas perdana menteri itu menghadapi perbicaraan 1MDB di Mahkamah Tinggi dan SRC International di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu mendapati Najib bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta SRC International.
Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berdasarkan keputusan itu, Najib telah hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya seterusnya.
Najib yang merupakan perdana menteri selama sembilan tahun sehingga 2018, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pencalonan Najib pada masa depan akan berdepan ketetapan Perlembagaan bahawa mana-mana individu yang dijatuhkan hukuman penjara lebih dari satu tahun atau didenda lebih dari RM2,000 akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen.
Najib yang tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan sedang membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.
Pada masa ini beliau masih seorang ahli Parlimen tetapi Perlembagaan menghalangnya daripada bertanding lagi melainkan mendapat pengampunan diraja.
Bercakap kepada Reuters, Najib berkata, kehilangan kelayakan itu adalah ‘bergantung kepada interpretasi’.
”Ia bergantung kepada tafsiran undang-undang, Perlembagaan Persekutuan atau apa sahaja yang berlaku dalam perbicaraan,” katanya.
Namun apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya yang tempohnya berakhir dua tahun lagi, Najib berkata: “Mana-mana ahli politik mahu terus memainkan peranan pastinya mahu kerusi di dalam Parlimen”.
Bagaimanapun, menurut Reuters, Najib enggan mengulas lanjut bagaimana beliau keluar daripada halangan Perlembagaan itu.
Najib dalam wawancara itu mengatakan beliau telah berbincang dengan Sabri tentang peranannya dalam kerajaan.
Sebelum ini, media melaporkan Najib boleh diletakkan sebagai penasihat ekonomi.
Namun bekas perdana menteri itu tidak memaklumkan beliau akan menerima sebarang jawatan, sebaliknya keutamaan Najib adalah membersihkan namanya.
Beliau turut berpendapat, penguasaan kembali UMNO bagi menjamin “kestabilan politik sementara” dan beliau tidak akan mendesak pilihan raya seperti yang dilakukannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan Muhyiddin runtuh selepas Najib dan beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka.
Malaysia menyaksikan ketidakstabilan politik sejak pilihan raya 2018, dengan dua pakatan runtuh kerana pertikaian.
Najib mendakwa tuduhan-tuduhan terhadapnya bermotifkan politik dan meminta diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang pertama kali mendakwa kes-kes terhadapnya pada 2018.
“Saya telah menegaskannya. Penubuhan RCI diwujudkan untuk perbicaraan yang adil dan saksana untuk semua orang, bukan hanya untuk saya,” katanya.
Thomas belum memberi maklum balas terhadap emel yang dihantar.
Najib mendakwa telah berbincang cadangan itu Sabri, yang setakat ini tidak bersetuju dengannya.
Beliau juga pernah membincangkan perkara ini dengan Muhyiddin, yang juga menolaknya.
Jurucakap Ismail Sabri dan Muhyiddin juga belum memberi maklum balas terhadap kenyataan tersebut. – Reuters
5 ulasan:
Ini pemimpin paling sewel ‼️
KHALAS
Najib seorang yang sentiasa positive thinking. Saya percaya dia akan menang kerana kawasan parlimen tersebut telah lama dikuasainya, rakyat di situ masih sayangkannya. Tak percaya tanyalah, tapi jangan tanya orang PH. Pada mereka Kes SRT dan 1MDB adalah tuduhan politik dan fitnah. Satu lagi kenapa saya percaya Najib boleh menang adalah kerana hadis ini : Sabda Rasulullah: Akan datang tahun-tahun penuh dengan pendustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercayai, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidho turut bicara. Lalu Baginda ditanya apakah Ruwaibidho itu? Baginda menjawab: Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum. - [HR Ibn Majah 4026].
Salah satu syarat utama menjadi pemimpin negara ialah kena ada rasuah, kena ada sogok, kena ada so dok, kena pandai bohong, kena pandai belit putar, kena buat mudah lupa, kena pandai berlakon menyanyi menari, kena pandai jadi ulama, kena pandai segala gala lah kah kah kah kalau tidak tahu tak sah, tak layak tak pandai jadi pemimpin Malaysia, itu belum kira pandai arah aparcik kerja ikut selera menyamun merompak rogol bunuh kaut harta negara kow tim projek bincang komisen selam tak selam semua ini kena bijak pandai kah kah ingat mudah kah ? Susah lol kah kah pasal tu TT tak layak jadi pemimpin negara, banyak tak pandai dan tak cukup layak macam Bossku kah kah kah
Tak ada bijak nya si bosskurr nih....
bijak apakebenda bila tak tahu wang ada masuk dalam akaun...
bijak apa andai belanja sakan kemudian kata itu wang dari tok arab gila derma...
bijak apa digital-footprint nih nak di tipu nya sedangkan for eternity its forensics..
bijak apa kalau senang kena tunggang dengan budak cina tembam buat deal berbilion untuk dia kemudian cina tembam nih masih sihat wal afiat waimah Hamid Bador pun tak boleh sentuh....asal budak cina tembam nih bukan billionaire duhhh!
bijak apa kalau dapat call dari suami "....can I advise you something....?" macam ayam berak kapor....
bijak apa kalau dah tahu kalah Private Jet dah tunggu with engine running tapi tetap bodoh tak angkat kaki calibut.....Shah Iran, Pinochet, Idi Amin, Marcos, Musharraf, Ben Ali dan yang terbaru Ghani dari Afghanistan semua calibut dengan wang samada berbillion atau Emas ber ton ton.....itu bangang nama nya....
Akhir kata bosskurr bebal nak mampos tapi kena duduk atas papan kat mahkamah pun pantat dia sakit....apa yang dia tahu kalau main golf pun dia kepit....!!!
Sekarang nih dia jaga rakyat atau rakyat kena tanggung pencen dia, driver, security, belanjawan office dan kakitangan sebagai nya....dah lah sebat berbillion...turun naik mahkamah pun rakyat kena tanggung!
Kesian Ziana, asyik kena hentam.
Catat Ulasan