Idris akui gerakan pecah belah Pas tapi bukan persoal Hadi
PUCHONG – Penularan klip audio dipercayai milik salah seorang pemimpin Pas yang menyuarakan kebimbangan terhadap kepimpinan presidennya, Tuan Haji Abdul Hadi Awang disifatkan satu lagi serangan politik.
Naib Presidennya, Tuan Haji Idris Ahmad berkata, walaupun beliau akui wujud gerakan untuk memecahbelahkan Pas namun dakwaan yang mempersoalkan kepimpinan Abdul Hadi sebenarnya tidak wujud.
“Kalau nak video audio kita di YouTube jadi tinggi dan sebagainya, kena cari (isu) untuk serang Pas. Orang memang nak cari (isu) sangat berkenaan dengan Pas, lepas itu orang nak berniaga dan sebagainya, itu lumrah biasa kepada kami.
“Dalam konteks setakat hari ini, orang buat gerakan untuk memecahbelahkan kami ini, masih lagi kami macam biasa.
Semalam, portal Malaysiakini melaporkan audio yang tular di media sosial Jumaat lalu yang berdurasi satu minit 52 saat didedahkan seorang pemilik akaun Facebook.
Akaun media sosial itu mendakwa pemimpin Pas berkenaan sebagai “Dr T” yang dikaitkan dengan seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu.
Menurut rakaman audio berkenaan, Dr T berkata, Abdul Hadi percaya Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding Barisan Nasional (BN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan