Peniaga ditahan bersama 333 liter air ketum
KUALA LUMPUR – Seorang pemuda yang terlibat dalam penjualan air ketum ditahan polis di Shah Alam,, Selangotrd dalam serbuan yang dilakukan pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan selama dua minggu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (IPD) Shah Alam, Selangor melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Kebun pada jam 8.30 malam.
“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kediaman tersebut pihak polis telah menjumpai tiga tong berwarna oren iaitu tong menyimpan ais batu dan di dalamnya mengandungi 222 botol plastik air mineral 1.5 liter yang masing masing mengandungi cecair disyaki air ketum anggaran isipadu sebanyak 333 Liter anggaran nilai rampasan sebanyak RM2,220,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati suspek seorang peniaga yang berusia 25 tahun itu sudah berumahtangga dan menyewa premis tempat tinggal itu sejak tiga tahun lepas.
Menurutnya, ujian saringan awal polis mendapati air kencing suspek negatif dadah dan suspek juga tidak mempunyai rekod lampau.
Ujar Baharudin, pada Selasa lalu suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Selasa lalu dan beliau dibenarkan ditahan reman selama tiga hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Suspek menjual sebotol air ketum dengan harga RM10 sebotol kepada pelanggan di sekitar Shah Alam dan Pelabuhan Klang dan bekalan daun ketum dipercayai diperoleh dari negeri di utara semenanjung.
“Saspek boleh menjual sehingga mencecah 400 botol sebulan dengan harga RM10 sebotol dan setiap 10 kilogram daun ketum yang diproses dapat menghasilkan 60-70 botol air ketum.
“Dianggarkan rampasan air ketum tersebut dapat dibekalkan kepada 222 orang pengguna air ketum jika berada di pasaran.
“Kes sedang disiasat di bawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952 jika disabitkan kesalahannya boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau keduanya sekali,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan