Selasa, 12 Oktober 2021

KES ZAHID

 



Pemegang amanah Yayasan Akalbudi adalah 'boneka' Zahid


AHMAD Zahid Hamidi menggunakan kepercayaan Yayasan Akalbudi mengikut “kehendak dan keinginannya” ketika beliau menentukan aliran wang berkenaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toan berkata, bekas pemegang amanah Mohd Samsuri Tun, Zulkifli Senteri, Muhammad Nabil Saleh dan Khairuddin Tarmizi “dilantik hanya untuk memenuhi kekosongan” di lembaga berkenaan.

Beliau juga membantah pandangan Zahid “memiliki” Yayasan Akalbudi kerana menyumbang semua dana.

“Pemegang amanah hanyalah boneka. Seolah-oleh mereka dilantik hanya untuk memenuhi kekosongan ahli pemegang amanah.

“Mengawal di sebalik Yayasan Akalbudi dan sebagai satu-satunya penandatangan akaun Akalbudi yang sah, tertuduh menggunakan dana amanah itu mengikut kehendak dan keinginannya,” kata Raja Rozela kepada hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah.

Beliau juga menyangkal Zahid dapat melakukan apa sahaja dengan dana itu kerana pemegang amanah yang lain tidak memberikan sebarang sumbangan.

Pendakwa raya menyebut dalam pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-15, Khairuddin berkata beliau “benar-benar setuju” Yayasan Akalbudi adalah milik Zahid. 

Pada ketika itu, Khairuddin juga bersetuju sumber dana yayasan itu adalah 100% daripada Zahid. – 12 Oktober, 2021.


KES INI

AMAT MENARIK

AMIN

ADA YANG MAHU

KES TERUS

BERJALAN CEPAT

 DAN

ZAHID JATUH HUKUM

AMIN

SABRI JADI

PRESIDEN BARU 

AMIN

BILA SABRI

JADI PRESIDEN

UMNO BERSATU

DAN PELACUR

BOLEH KERJASAMA

AMIN

ZAHID NAK 

LAMBATKAN

KES INI

MAKA GI GERMAN

AMIN

ABAM MAHU 

ZAHID TERUS

BERKUASA

SENANG BUAT

DEAL

AMIN

NAJIB  DAN ROSMAH

MAHU KES MEREKA

DI HAPUSKAN TERUS

TAK KIRA 

OLEH ZAHID ATAU

OLEH SABRI ATAU 

OLEH ANWAR

KAH KAH KAH 

SAPA DIA

 JADI BONEKA

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: