Khamis, 21 Oktober 2021

MAKNA BERITA ITU

 


Pakatan perlu tolak pengkhianat, kata pemimpin DAP




PH mesti tolak pengkhianat – Anthony Loke


DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP menolak untuk bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam menjatuhkan kerajaan negeri Melaka awal bulan ini. 

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menyatakan dengan jelas bahawa pendirian parti adalah untuk menolak pengkhianat. 

“Ia bukan soal kemenangan. Ia juga mengenai prinsip dan ya, terutamanya dalam politik. 

“Kita tidak boleh melayan permintaan empat Adun Melaka yang diketuai bekas ketua menteri Idris Haron yang dilaporkan cuba untuk bertanding pada pilihan raya negeri di bawah tikat Pakatan Harapan,” kata Santiago dalam satu kenyataan. 

Tambahnya empat ahli politik berkenaan telah menjejaskan kjepentingan mereka sendiri, menyebabkan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional runtuh. 

“Dan tiada jaminan mereka tidak akan melompat parti lagi,” tambahnya. 

Beliau berkata pengkhianatan parti telah merosakkan kepercayaan rakyat, termasuk kejatuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan. 

“Biar empat ahli politik ini selesaikan sendiri. Dan biar rakyat tentukan masa dpean politik mereka,” katanya. 

Sementara itu Loke yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP berkata DAP telah menyatakan pendirian jelas berhubung perkara itu pada mesyuarat majlis presidan PH. 

“PH perlu berkempen berdasarkan dasar dan prestasi pada 22 bulan pentadbiran di Melaka di bawah kepimpinan bekas ketua menteri Adly Zahari. 

“PH perlu tolak pengkhianat. Muktamad,” katanya dalam satu kenyataan. 

Kerajaan Melaka tumbang selepas empat Adun menarik sokongan mereka kepada kerajaan negeri Perikatan/BN yang diterajui Umno. – 21 Oktober, 2021.


WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TAHNIAH

PAKATAN KEMBALI

JUJUR BERJUANG

AMIN

PEMIMPIN  LAPISAN

KEDUA PAKATAN

BERANI LAWAN

ANWAR

AMIN

PROJEK MELAKA

INI PROJEK 

I GOD DI NUMBO

KAH KAH KAH

KINI DAH KANTOI

NAK PUSING

MUSTAHIL

KAH KAH KAH

BUAT KERJA

JAHAT KHIANAT

AMIN

NASIB BAIK ADA

PEMIMPIN DAP

DAH BERANI

LAWAN ANWAR

KHALAS

1 ulasan:

Saiful berkata...

Haloooo TT..tu kwn hg tian Chua..sokong geng monyet2 tu..hg pun sama saja.. sembang deraih